Friday, August 12, 2011

JANGAN TERTIPU DENGAN TUDUNG LABUHKU

Bismillahirrahmanirrahiim

an infinity grateful to Allah for let me write something in my blog today.
and for every oxygen that i have used for my life without paying any. thanks Allah.

kembali pada tajuk tertera, saya mohon maaf sekiranya ada tersilap perkataan yang digunakan.
(rakan-rakan tolong tegur)

pertama sekali saya awal2 menyatakan ini adalah sebahagian rasa hati yang ingin saya kongsikan,insyaallah.

saya adalah insan yang sangat dhoif. saya pasti ada antara rakan2 pun berkata dalam hati 'saya pun dhoif'.
na'am. kita adalah hamba, memang sepatutnya kita rasa macam tu.

rakan2, ingin sekali ku katakan, jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang, ramai yang sedia maklum.
jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang budak yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar.
jangan kerana tudung labuhku, aku menjadi terasing dalam kalangan kalian.
aku hanya ingin berusaha menjadi muslimah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna.
aku masih seperti dulu, aimilea yang dulu. mungkin sikap ku sedikit berbeza, tapi perbezaannya agak tipis.

jangan tertipu dengan tudung labuhku-nampak je aku pakai tudung labuh, budak ni dah berubah.
kalau aku berubah ke arah kebaikan, bantulah aku. aku punya banyak tanggungjawab yang memberikan kesedaran kepadaku untuk berubah lebih baik dari sekarang. insyaallah, aku yakin,korang pun rasa benda yang sama.
rakan2, jangan lunturkan semangatku. (^__^)
nampak aku pakai tudung labuh, tapi buat benda yang salah, aku mohon, tegurlah dengan cara yang baik2.
jangan kata 'dia ni pakai tudung labuh, tapi buat benda x elok'. tudung labuh tu xsalah pun.
nampak je aku pakai tudung labuh, 'eh, ustazah2'. bukan ustazah je yang boleh pakai tudung labuh. syurga bukan untuk ustaz-ustazah je. neraka pun bukan hanya mereka dikecualikan (word by ct rahmah)
..............
kata-kata aku ni juga untuk peringatan aku sendiri,insyaallah.
satu je dari hati aku :
"walau macamane pun sikap, penampilan, dan perangai orang sekeliling aku (keluarga, rakan2, muslimin muslimat) aku akan sentiasa memandang korang sebagai ahli syurga yang akan aku jumpa balik di taman syurga sebagaimana Allah temukan kita pada masa hari raya, dll, insyaallah"
hanya Allah yang Maha Mengetahui rasa, semangat, azam dalam jauh lubuk hatiku.masyaallah.
berikan aku kekuatan ya Allah

luahan kalam,,,
-hamba dhoif-


3 comments:

mustRZ said...

Assalamualaikum.. adeqku aimilea
post ktk, mengetuk pintu hati akak...
terharu akak baca.. kisah kita serupa tapi tak sama
terus kuat dan istiqamah adeqku..
jalan menujuNya bukan mudah..
penuh onak dan berliku..
hanya orang terpilih sahaja Allah campakkan hidahNya..
Kalau jalan ini mudah, pasti ramai org melaluinya...
sekali hidayahNya datang, rebutlah peluang, kita xtahu, bila lagi hidayah itu akan menjengah kita..
Benar adeqku, tudung bukanlah pengukur iman kita..
"Perempuan bertudung x semestinya baik, tapi, insyAllah, perempuan baik semestinya bertudung"
Moga terus kuat adeqku.. Allah bersamamu..
Salam perubahan dari akak :)

naDhi_islamic said...

salam,
benar2 mgegarkan perasaan ana
mohon share yep ^_^

mariposa said...

kak masz>> syukran =)..insyaallah..doakan kmk istiqamah ^__^

nadhi >> masyaallah..sila2 ukhti =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...