Wednesday, October 31, 2012

Ketidaksabaran~

Assalamualaikum & selamat bertengah malam

masa aku tulis ni tgh malam, selepas usai menyiapkan kerja diamanahkan drpd yg atas, selesai jugak berpeningan melihat nombor yg aku rindui selalu, mulalah merepek sebegini..

esok adalah hari yg paling memenatkan. berhadapan dgn dua kelas yg penuh dengan pembentangan ilmu dr kalangan warga uni malaya, jugak english tercinta mengambil masa 3 jam utk diluangkan bersama.
tapi tidak apa, sebab esok juga aku akan berlalu ke jalan tar untuk menemui puteri tercinta, my sis! saat yg aku tunggu2 dalam minggu ni, menghitung hari kot~hehe..
doakan semuanya berjalan lancar and dipermudahkan. smoga warga pembentang esok memberi semaksimum mungkin yg korang dapat drpd hasil kajian anda, moga kami yg mendengar pun mendapat kefahaman yg sama walaupun sedikit..

sekian sahaja.. Tammat!

Saturday, October 27, 2012

Cemburu dgn Mereka

Assalamualaikum, salam perjuangan..

Istiqamah.

Simple, tapi tak semua mampu mempraktikkan sepatah ayat tersebut. (termasuk aku)..
kenapa aku rasa setiap apa yg aku buat, tidak ada istiqamah dalam nya.. dalam aku pakai tudung labuh, terselit jugak masa aku pakai tudung biasa. namun dalam kebiasaan aku memakai tudung yg biasa2, aku selalu rindu utk memakai pakaian yg sebenar2 pakaian (harap faham maksudnya)
namun, aku selalu mempertikaikan pandangan org, walaupun aku tau pandangan org tu tak ada nilainya dibandingkan pandangan Allah. mybe aku insan yg lemah, xmampu melawan nafsu yg selalu berbisik "cubalah utk bergaya sekali sekala" .. aku yg selalu kalah.

"Dan ketika syaitan mencantikkan bagi mereka perbuatan mereka, dan dia berkata, 'Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu." 
(Surah Al-Anfaal ayat 48)


Aku cemburu dgn mereka yang bertungkus lumus utk bangun malam dek kerana dosa yg xsetimbang dgn amalan kebaikan, padahal aku lebih berdosa drpd mereka, namun aku tidak mampu buat sebegitu. apakah mungkin kerana hatiku yg telah kotor, belum digilap dengan sempurna? tepuk dada tanya amalan

Aku juga cemburu dengan mereka yg istiqamah membaca al-Quran selepas menundukkan diri kepada Allah dek kerana takut hilangnya peringatan Allah dalam dirinya, namun aku bukanlah Hafidzah, yg tidak istiqamah melakukan semua itu

Aku juga cemburu dengan mereka yg tidak mempedulikan pandangan dunia moden, berpakaian muslimah, sempurna menutup tubuhnya, tanpa sedikit pun goyah dengan fesyen duniawi, namun kenapa aku yg kalah dgn nafsu duniawi, walhal jauh dr lubuk hatiku menginginkan diriku menjadi spt mereka....

Apalah dayaku melawan nafsu sendiri tanpa kekuatan daripada Allah, tapi apa juga usaha yg telah aku lakukan utk mendapatkan kekuatan itu, sungguh aku lemah, xsedar diri adalah hamba..pathetic..!

*hamba yg selalu kekeliruan*
ampunkan daku ya Allah



Moga ada Sang Soleh utk dia..

Assalamualaikum warga pencinta ilmu..

Inshaallah, aku nak share sebuah kisah, kisah benar....

start~ ada seorang hamba Allah, yg sgt ingin berkahwin.. dia adalah puteri daripada seorang ayah yg keturunan biasa2 sahaja, taraf keluarga yg sederhana, kefahaman Islam pun hanya sekadar bawah drpd 'basic'. Namun, atas kesibukan dia bekerja, dia tidak tahu bagaimana utk mencari sang soleh. walaupun dia tidak pernah memberitahu dgn org lain bahawa dlm hatinya menginginkan sang soleh, tapi perwatakannya menggambarkan sebegitu. detailnya, dia berumur 24-26, maaf, aku tak nak bg yg spesifik.. dia biasa2 shj, yg menginginkan pemimpin yg luar biasa. honestly, kefahaman agama dia cetek, tp kalau diasah, inshaallah, dia mampu menjadi seorang yang luar biasa. apa yg diinginkan, seorang hamba Allah, yg mampu menerima apa adanya dia, mampu menerima keseluruhan keluarganya, & mampu bersabar dalam membimbing dia ke jalan yg benar. dia tidak pernah memberitahu aku, utk dicarikan seseorg utknya, tp aku sgt memahami kehendak dia. moga ada sang soleh yg menginginkan hamba Allah yg dhoif ini, aku sgt menyayanginya, & tak nak dia dipimpin oleh org yg tidak mengajak dia ke jalan yg benar. 

~moga ada Sang Soleh utk dia~


MUSLIMAH KAH AKU???

Assalamualaikum..w.b.t..
Apa khabar saudara/i 2 seagama sume nya.. Moga iman kita makin bertambah dari hari ke hari. Insyaallah~
Muslimah kah aku? Kadang2 aku pun keliru dengan diri sendiri.
Entah siapa yang memahami.
Aku pernah terbaca dalam satu artikel, sumber halaqah.net.
Antara ciri2 muslimah sejati ialah :

1 Mencintai Allah dan Rasul
- cintakah aku pada pencipta ku?
- cintakah aku pada rasul ku?
- sudah semestinya. siapa yang x mencintai penciptanya?hanya orang2 yg kurang kesedaran
tapi sejauh manakah aku menunjukkan rasa cinta ku kepada Allah?
xcukup hanya dengan kata2.
aku harus menolong agamaNya..tapi aku tak berdaya ya Allah.
sesungguhnya Kau lebih mengetahui isi hatiku
Kau lebihmengetahui dayaku ya Allah. bantulah aku.
kuatkan hati hambaMu yang x berdaya ini.
bagaimana dengan rasulku?
Allah lebih mengetahui dalamnya rasa cintaku kepada Nabi Muhammad saw.
baginda yang memperjuangkan Islam
sehingga hari ini aku merasai nikmat Islam.
terima kasih rasulku tercinta,
sungguh, aku sangat merinduimu.

2. Mentaati Ibu Bapa
- siapalah aku tanpa kedua ibu bapaku.
yang memberi ku keselesaan, didikan Islami..
terima kasih ibuku, terima kasih ayahku.
sejauh mana  mentaati kedua mereka??
ya Allah, ampunkan dosaku..
aku banyak menyakiti hati mereka tanpa ku sedar
berdosanya aku membuatkan mereka menangis.
berilah keampunan untuk kedua mereka ya Allah.
Amiin ya robb~


3. Menjaga faraj
- sentiasa berusaha menjaga diri dari kelalaian dunia
"menjagakah aku?"
- tutuplah auratmu wahai kaum wanita
"sempurnakah penutupan auratku?"
- jaga ikhtilat mu
"bagaimana ikhtilatku? sejauh mana aku menjaganya?"
hanya Allah yang Maha Mengetahui

* muslimahkah aku? muhasabah diri bersama *





Thursday, September 20, 2012

First & Last...

Bismillah...

selamat pg.. aku nak luahkan ckit rasa stress aku terhadap pembentangan yg aku buat pg tadi. aku rasa bengang kot, sbb most of the topics which i should present today, i couldn't understand. korang bole rasa kan, macamane kalau kita present something n at the same time kita tak paham, rasa mcm tunggul je bdiri kat depan tu. siap dengan doktor nya tanya soalan, tp alhamdulilah ada certain yang aku bole jawab, but aku memang x berpuas hati..so, inilah first time aku present prinsip ekonomi, n aku try utk jadikan ini presentation last aku yang membengangkan semua yg mendengar presentation aku ketika itu..oo my...inshaallah.. i will try harder than before, n lets pray for my next presentation..hope it become more smooth and i'm satisfy with that..inshaallah, u can do it~!!

Tuesday, September 18, 2012

New Life at 4th college UM

...Bismillah..

aku start dgn niat baru, hidup baru, kawan ramai yg baru2 belaka..rumet pun baru2..

start dr tahun ni aku face dgn subjek baru, "ekonomi" which i think byk aplikasi nya dlm hidup esp utk org yg macam aku, tak tau nk uruskan perbelanjaan sendiri...huhu

a ha..aku nk renovate balik blog aku nih..wait n c..

*dah turun pangkat, xjd ratu dah.....

Tuesday, April 17, 2012

Only Allah Knows..

Bismillahirrahmanirrahiim..
perasaan pilu sebenarnya sgt menyelubungi diri sy hari ini. byk sebab nya, dan hanya Allah yg tahu apa yg terbuku di hati seorang hambaNya yang dhoif.
tengah hari tadi, sy melambaikan tgn buat kakak sy yg kedua, setelah 4 hari sy menemani dia di hotel KL sentral & tgh hari tdi sy menghantar dia ke stesen KL sentral. bermulalah kesunyian sy di kolej 12, sebab most of kwn sy dah balik. tinggal sy seorang dalam bilik. sy sering memujuk hati sy supaya beringat bahawa Allah sentiasa bersama, namun sy x mampu menghilangkan kerinduan sy terhadap kampung halaman dan keluarga tercinta.
sy mulai menghitung hari untuk balik. masa terasa lama, ya Allah..percepatkan urusanku. rinduku dah tak tertanggung.. astaghfirullahal'adziim..

Saturday, March 3, 2012

Dakwah itu PELBAGAI

Bismillahirrahmanirrahim..

sekian lama tak update blog. hari ni saya nak berbicara tentang cara dakwah yang pelbagai.
kenapa kita perlu berdakwah? kenapa kita tak duduk diam je kat muka bumi ni, buat apa yg kita nak, tak yah kisahkan hal orang lain. kenapa?
jangan ditanya kenapa. sedarlah, bahawa kamu ada Pencipta, tanpa Dia, kamu bukan siapa siapa di muka bumi ini. dan Dia telah menciptakan kamu untuk menjadi khalifah dan hambanya yang taat.
nak bukti, meh buka guider hidup kita,
Surah al-Baqarah ; 30

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٠

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.  

sesungguhnya, Allah mencipta kita bersebab, kita tak dijadikan di muka bumi ini sia-sia, melainkan untuk menjadi khalifah juga hambaNya.
Surah Adz-Zariyat;56

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

sudah jelas, kita adalah hamba Allah. mengapa perlu dipertikaikan, kenapa kita perlu buat itu buat ini, sedangkan Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. justeru, kita sebagai khalifah, kita HARUS berdakwah, tak kira dengan cara apa pun. sehingga sekarang sy berpegang kepada hadis Nabi Muhammad SAW, mafhumnya "sampaikanlah dariku walaupun sepatah". maksudnya, kita kena sampaikan jugak, walaupun seringan-ringan perkara. dan jagalah akhlak Islam dari pandangan luar. sy menulis ni kadang2 untuk peringatan diri sendiri jugak, yg terkadang lalai daripada mencari cinta Allah.
ok, back to  the topic. dakwah itu pelbagai. seperti zaman kita sekarang ni, facebook adalah medium yang ter'hot' sebab kebanyakan remaja ada facebook. kenapa tidak kita menggunakan peluang IT di depan mata sebagai cara untuk kita tambah 'pendapatan akhirat'. kita tak tau, yang mana satu amalan kita yang akan ditrima Allah Taala. boleh jadi, apa yang kita postkan dlm fb, yg menyeru ke arah kebaikan, menjadi amalan yang diangkat oleh Allah ke langit. bagi yg suka membuat video, vlog ke. itu pun slh satu cara untuk berdakwah, seperti yg kita tengok sekarang ini. banyak video2 daripada kalangan remaja yang berunsurkan dakwah dari segi akhlak, insaniyah dan pelbagai lagi. alhamdulillah, memang kesedaran seperti itu yg perlu ada pada akhir zaman sekarang.
dan untuk sy, sy gemar untuk mengedit gambar. dan sy punya cita2 besar untuk menyampaikan dakwah melalui gambar, sebab sy pernah mendengar satu phrase, satu gambar memberi seribu makna. dengan hanya satu gambar, kita akan dapat banyak input daripada gambar tersebut. bak kata orang, biar gambar yang berkata-kata. sekadar berkongsi harapan, dan mintak doakan ye =) moga istiqamah dalam jalan yg dipilih.
semoga mesej sy ke fikiran anda semua. dan sebagai konklusinya (mcm report pulak), dakwah itu fleksibel.
jangan sempitkan fikiran anda dengan satu cara, kita adalah muslim, dan inshaallah mukmin, perlu berfikir banyak, dan berfikiran terbuka memandangkan zaman kita ni bukan zaman di mana orang boleh terima something new macam tu je, kena ada kajian dan cara yang berkesan.inshaallah~
*sekadar pandangan peribadi, sebarang teguran bolehlah komen ye*
wallahua'alam.

Friday, February 3, 2012

Baucar Buku 1 Malaysia Habis!

Assalamualaikum

Morning semua =) i think the topic is 'hot' rite now, bout book's voucher, esp for university students.
it same goes to me. we had given RM200 voucher books. every student will get it, i think.
ok, my voucher was already used just for a few days back. it's a very special gift for a little students that love to read like me =). Alhamdulillah~
what the books i have bought? referring book? erk, i only bought one for those kind of book. comic? yeah, i bought that, but only one ok. religious book? yes! i bought many of them (ow, i'm super kind na~) well, i like that kind of books, and u have to. b'coz, for my own opinion, it's our effort to reach the knowledge of our religion right, more we read, more we get =)
below are my books :

1st day i shoped (MPH midvalley)

picture above shows the books that i have bought:
# diary of wimpy kid
# great expectation
# senyumlah
# rasul mulia, umat mulia, akhlak mulia
# dialog al-Quran untuk remaja (2)


2nd day i shoped (books fare at PWTC & bookshop UM)

above are the 'clearance voucher' :
# referring book, organic chemistry
# nota hati seorang lelaki
# hikmah terapi air mata
# beduk diketuk
# kumpulan solat2 sunat
# hadis 40 Imam Nawawi
# *cd percuma from telaga biru comp.*

that's all about my books and the voucher, any comment u may post here, keyh..
waiting for your story too =)

Friday, January 13, 2012

Penangan lagu Ombak Rindu

Bismillahirrahmanirrahim..

"Tuhan tolong lembutkan hati dia"
"Untuk terimaku seadanya"
"Kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu"
"Hidup tanpa dia disisiku"
"Tuhan aku tahu banyak dosaku"
"Hanya ingat Kamu kala dukaku"
"Namun hanya Kamu yang mampu membuka"
"Pintu hatinya tuk cintaku"

terkesan sangat dengan lagu kat atas tu, bukan sebab movie Ombak Rindu, sebab saya tahu lagu ni lagi awal sebelum saya tengok Ombak Rindu. kat mana? radio ek? bukan..
act, ada seorang sahabat yang bole saya anggap sebagai sahabat hati saya. dia 'hadiahkan' lagu ni untuk saya sebagai kata2 dari hati dia.
semestinya dalam hidup kita ni tak jauh dari dugaan. ada seorang ustaz saya selalu nasihatkan kami
"kalau kamu berdoa, jangan sekali-kali mintak dikurangkan dugaan, tapi mintaklah kita diberi kesabaran untuk menghadapi dugaan tersebut. buat apa kita nak lari dari dugaan, sedangkan kita orang yang beriman"

subhanallah. mendalam kan kata2 dia.
Alkisahnya..
saya dengan sahabat saya ni,telah ditimpa sebuah ujian yang mana ujian yang kami dapat ni, sama dengan ujian yang menimpa kawan2 kami yang lain iaitu ujian dalam ukhuwwah dan masalah hati.
sepanjang ujian tersebut, kami banyak menerima nasihat yg 'precious' daripada kawan2 kami sendiri.
subhanallah, jarang dapat sahabat2 macam ni.
terima kasih ya Allah. terima kasih Rasulullah, umatmu sangat membanggakan.
sampai satu ketika sahabat saya ni, membuat video/ slideshow gambar2 saya, dan dia.
dia gunakan lagu Ombak Rindu ni sebagai soundtrack dia, walaupun saya xpernah dengar lagu ni masa tu.
dia sertakan dengan liriknya. bayangkan masa tu, saya hanya baca je lirik dia, dan dengan izin Allah,lirik dia sangat menyentuh hati saya saya sangat merasa bersalah dengan dia.
ya, memang saya x menerima dia seadanya. 'mintak maaf awak' dan saya ingat Allah masa duka je. nauzubillah, harap2 nya tidak sampai macam tu.
teringat sebuah kata2,
"dalam berkawan, kita x boleh paksa orang untuk faham kita,tapi kita kena faham orang tu"
sekali kita cuba untuk memahami dia, insyaallah, automatik dia akan cuba untuk faham kita jugak.
"what u give u get back"


Last but not least, alhamdulillah, skarang kami semakin ok,insyaallah. doa kan ye kawan2.
p/s utk dia : saya sgt berharap, dengan apa yg telah kita lalui sebelum ni, menjadikan kita insan yang lebih bersyukur dan bersabar seperti syukur dan sabarnya para rasul. amiin. dan semoga persahabatan kita semua tak lari daripada berkasih sayang kerana Allah ~insyaallah

may our friendship until jannah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...