Monday, October 20, 2014

Hanan Awatif

Hanan berkali-kali melihat skrin handphone nya, masih berkira-kira untuk mendail nombor ibu nya atau tidak. Jauh di depan kelihatan Izah tengah sibuk melihat barang-barang yang hendak dibeli. Gembira dan teruja. Hanan tersenyum sendiri melihat wajah Izah yang happy go lucky.

'Ibu, kad CIMB orang hilang.' Mesej dihantar. Hanan mengeluh berat. Mata meneliti satu-persatu barang kosmetik di depannya. Safi Rania, Olay, Nivea... semua piksel-piksel itu hanya lalu di mata. Fikiran melayang entah ke mana.'

"Hanan, awak nak beli barang apa?" Izah menyapa bahu Hanan. Tawar.
"Tak tahu lah Izah, nak tengok dulu." Hanan menjawab hambar. Izah seakan mengerti, mengangguk perlahan. Handphone Hanan berdering. Nama 'Ibu Sayang' terpapar di skrin. Deringan di jawab. Izah yang seolah-olah memahami, menjauhkan diri. Memberi ruang untuk Hanan dan ibunya.

Dari jauh Izah sesekali memerhati ulah Hanan. Muka Hanan kelihatan sangat runsing, sesekali mulutnya terkumat-kamit, tapi lebih banyak mendiamkan diri.

Ibu Hanan menamatkan perbualan. Hanan menelan air liur berkali-kali, menahan air matanya dari berguguran di tengah-tengah supermarket. Perasaan kena marah dengan ibu sangat membuatkan Hanan terkilan.

'Memang aku salah. Tak sepatutnya aku cakap macam tu kat ibu.' Hati Hanan berbisik sendiri. Menyesal perbuatannya yang menyebabkan ibu marah. Mood untuk membeli barang keperluan totally distract. 
Hanan masih lagi berlegar-legar di tempat yang sama sambil pandangannya tak lepas daripada skrin handphone. Lima minit kemudian, nama ibunya sekali lagi terpapar di skrin. Hanan merasa berat untuk menjawab panggilan ibunya. Namun digagahi juga walau berkemungkinan dimarahi sekali lagi.

"Hello bu." Hanan menjawab pendek.
"Akak, akak nak ibu kirim kan duit berapa? Akak nak pakai berapa?" Lembut sekali suara ibunya bertanya, berbeza sangat dengan panggilan yang pertama. Air mata yang ditahan dari tadi tak semena-mena mengalir di pipi. Hanan hanya menjawab sekadar yang perlu. Tidak mampu untuk menjawab lebih lama kerana tangisannya semakin deras mengalir. Hanan bimbang dikesan oleh ibunya. Bimbang ibunya akan merasa bersalah. Bimbang juga ibunya susah hati dengan keadaannya. Hanan memendekkan perbualan.

Setelah itu, Hanan terus keluar dari supermarket. Sementara menunggu Izah selesai membeli keperluannya, Hanan duduk termenung di kerusi tak jauh daripada supermarket. Fikirannya masih teringat-ingat perbualan dengan ibunya.


bersambung...

Sunday, October 19, 2014

Hari Jubah Mereka

Kaki melangkah penuh hati-hati, menyusuri pentas Dewan Tunku Canselor.
Penuh sopan dan takzim.
Scroll di sambut, senyuman terukir, puas.
Dari kejauhan, seorang photographer bersedia untuk menangkap wajah ceria itu.
Bukti hasil kegigihan mereka kini terbukti.
Bukan sekadar kertas biasa, cuma itulah bukti penat lelah mereka.
Kerana manusia ini susah untuk mempercayai kata-kata.
Semoga ilmu bukan hanya sekadar di kertas, tapi lebih di jiwa.
Untuk disebarkan dan diamalkan di merata dunia.

Tahniah buat mereka.
Senior-seniorku yang telah bergraduasi.
Graduan dari Borneo.
Graduan dari Sarjana Muda Syariah (Syariah Ekonomi)
Tahniah beribu tahniah.
Moga terus maju.

*Jubah itu bukan jubah biasa*

Saturday, October 18, 2014

Tak Datang Bergolek

Situasi:
Tengah makan popcorn, fries, tambah cake coklat cheese sambil tengok tv.
Iklan tv: tips untuk kuruskan badan, minum air masak 8 gelas sehari.
Owh, patutlah, aku minum 7 gelas je. Sambil tangan menyuap kek ke dalam mulut.
by: Ahm Ahmad.
*kejayaan bukan hanya dengan 1 jalan*


Wednesday, June 4, 2014

Kerana Dirimu Insan Bertuah, Deena Khaleeda =)

Sebak, pilu, sedih, namun juga bangga dengan ketenangan kawan kami dalam menerima ketentuan-Nya. Dia redha, dan tampak tenang dengan pemergian dua adiknya akibat kemalangan pagi hari itu. Meniti setiap ayat daripada statusnya, membuat aku terasa 'inspiring'. Inilah hasil tarbiyyah Allah, mendidik jiwanya menjadi begitu kental dan percaya akan setiap hikmah dari-Nya. 

"Bismillahirrahmanirrahim.. demi jiwa2 yang berada dalam genggaman Nya. Maka bersangka baiklah dengan apa apa yang berlaku  insyaAllah

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih yang tak terhingga dari kami sekeluarga atas doa dan sokongan dari kalian, yang bersama-sama dari awal hingga sekarang, yang berkesempatan datang berziarah dan yang mendoakan dari jauh. Hanya Allah dapat balas semuanya kerana Dia jualah yang berkuasa atas setiap jiwa dan diri kita.

Setakat 2/6/2014 je rezeki kami untuk bersama dengan kedua dua arwah. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga kami dan kita semua tenang di tempat, di alam masing-masing. Berada dalam ampunan, rahmat dan kasih sayangNya. Amin insyaAllah.

Maaf dari kami sekeluarga dan bagi pihak kedua dua arwah atas segala salah silap dan kekurangan kami, dan terima kasih untuk semua ucapan takziah, mesej, call yang tak sempat berbalas.

Atma Raifana binti Marhalim dan Sarah Khalis binti Marhalim. Tenang dan damailah kalian di sana. Semoga berada dalam taman-taman syurgaNya. Banyak sangat benda yang kita plan nak buat tapi tak berkempatan nak buat kt sini. InsyaAllah kita jumpa kt sana.. Kakak jaga ayah, ibu dan adik-adik untuk korang, dengan izinNya

Allahummaghfirlahuma, warhamhuma, wa'afihima, wa'fuanhuma"


-Allah always with you & your family Deena Khaleeda-

Tuesday, March 18, 2014

Lima Belas Menit Sebelum Kelas

Lagi 15 minit. Sempat lagi taip sikit.

Dah hampir 3 jam aku duduk sini. Tipu la kalau aku cakap x bangun dari tadi, mahu kejang dibuat nya.
Serius boring. Tak tau siapa yang boring, aku ke suasana. Ok, itu merepek.

Dari tadi dah 4 kali aku tawaf booth-booth buku kat API ni. Ada yang berkenan, tapi lain-lain kedai. Nak guna baucar punya pasal. Jimat. Orang dah bagi, guna sebaiknya je la,alhamdulillah!

Duduk balik. Aku tengok laptop. Tiba-tiba laptop kenyit mata, dia cakap dia pun boring gak. Gituu. Class laptop aku ni, mentang-mentang lepas teguk Vico ari tu. Lain macam jadik nya.

Aku survey blog-blog orang. Blog Nana, blog Maman, blog Zack. Blog Matluthfi x dapat dikesan. Kena carik guna teropong kot. Itu gurauan senda. Mungkin dah deactivate. Tak tahu. Tak Pasti. Aku bukak twitter dia je, tu pun aku dah gelak sakan. Weirdo. Saja, isi masa lapang. Astaghfirullahalaziim. Insaf kejap.

Masa untuk ke kelas. Battery laptop pun dah melambai-lambai, hampir nazak. Baiklah, pergi kepada kesimpulan.

Aku takleh nak kesan hobi aku. Mungkin hobi aku- gelak-gelak,pastu nanges-nanges. Itu hobi azali.

Sekian.

Tajuk puisi ini Senyap.


Senyap.
Kriik-kriik.
Bila rasa perlu, senyap.
Bila rasa tak membantu senyap.
Bila itu memang caranya senyap lagi.
senyap dan senyap lagi.
Lagi dan lagi.

Alahaii!



Thursday, March 13, 2014

Awan yang Kelabu

Manusia ini kadang2 perlukan ruang lain
kadang dia suka ruang yang luas seluas luas alam
tiba masa dia puas, dia berhenti
kemudian mencari ruang sempit
sempitnya pula
sesempit sempit corong tirus
sehingga sukar walau sehembus angin untuk tumpang lalu
lalu apa yang manusia ini mahu?
ruang yang sempit kah..
atau yang luas jadi dambaan?

Masa tak boleh ditambah
ditolak lagilah gila nak buat
melainkan dia 'ehem'

Bila ruang ditambah masa
mungkin boleh ditimbang balik usulnya?
mana tahu dapat income yang super hebat.
sebab manusia ni unexpected
kadar utilities sangat tidak terhad
jadi berhati-hati lah dengan manusia
kadang2 dengan ada tarbiyah pun manusia
mampu berlaku zalim dengan yang lain
mungkin bukan fizikal?
tapi dengan sehalus-halus cara.
maka bertebaranlah manusia.
cari 'roh sebenar' selagi mampu.

-halusinasi awangan-

#maafkeluartajuk (hashtag baru)

Wednesday, February 26, 2014

Like Kakak Like Adik

Aku ada adik. Sekarang lepasan PMR. Lebih kurang 16 tahun umur nya sekarang.

Adik aku yang bongsu ni manja sikit. Bukan sikit, banyak. Kalau gaduh dengan kitorang, maklah tempat mengadu. Mak pun marah marah kitorang sambil kenyit mata, nak pujuk adik la tu.

Kitorang beradik sangat suka menyakat adik bongsu. Sebab dia 'congek'. Kuat nangis. Bahasa melayu nya. Aku yang paling sakan kalau bab menyakat sampai pernah kena tegur dengan akak aku,sebab terlebih kreatif bab sakat menyakat. Siapa sangka, kakak dia yang sorang ni, yang selalu menyakat, yang menjadi penyebab kalau si adik menangis, yang selalu buat sindiran membuta. Jahatnya aku. Tapi rupa-rupanya si adik jadikan aku idol dia. SObs! Nanges kejap! Dia tulis dalam kertas kerja dia, aku idola dia, sebab aku belajar tinggi (kunun). Memang pun, dia suka ikut apa yang aku suka. Aku suka citer Titanic, dia pun suka,siap beli sticker lagi. Gituu! Aku suka Eiffel, dia pun suka.

So balik hari tu, aku belikan Menara Eiffel kat dia satu. Aku beli sepasang, satu kecik satu besar. Besar untuk aku, kecik untuk adik aku. Hiihii. Suka! Nice One! Comel aku jadi kakak? perahsan jap~


Namanya Mohd Amir Aimirul, adik aku yang paling bijak & dengar kata. Jadi anak soleh yerr. ;)

Tetamu Sentiasa Diundang

sabtu. ah, pasar malam? bersempena dengan kewujudan pasar malam sabtu, lima sekawan itu bercadang untuk bermalam di rumah aku. yeay! gembira sangat. aku pada masa itu tengah buat part time, bila dapat tau mereka ni nak bermalam, hilang terus rasa penat. my expectation : balik dari part time-mandi-semayang-siapkan 2 poster dalam 1 malam. itu yang buat aku penat,fuh! tapi bila ada mereka,aku gembira sangat, sebab ada 2 org designer yang boleh tolong aku, n keduanya ada idea yang melimpah ruah ke ladang gandum.

dengan gembiranya aku menyambut kedatangan mereka,sepatutnya tuan rumah yang sediakan jamuan, tapi ini tidak. mereka datang dengan makanan penuh di tangan, oh God, maluu! segann. eceh,segan pulak dengan deme. sejak bila? sampai jea, apa lagi, masa untuk menghidangkan makanan dari pasar malam,nyamm! setelah berhempas pulas dengan makanan, masing2 semayang, sorang2 sebab share telekung. baru selepas itu, kami bertiga, aku-maman-yamah mengadap ps6, siapkan handbill. kan aku dah kata, idea mereka melimpah ruah ke ladang gandum. ha! gini lah hasilnya

handbill

comel tak kak t**? macam comel je kan. suke kaler dia, design dia. sangat puas hati. tq2 atas idea yang bernas~

kami tidoQ sampai kol 2 pagi. semata-mata satu handbill nih. pagi esok nya, deme teman aku buat poster pulak. murni sungguh hati diorang nih. susah nak carik kawan yang ada masa kita susah, kan kan? tak caya, try tengok kawan anda sekeliling.

kadang-kadang, kawan yang sebenar-benar kawan bukan lah yang sekeliling anda, tapi yang sentiasa ada masa susah dan senang. tQ kawan2. 

credit to : Farida, Zue, Yama, Maman & Najwa

*kriik3*

Tuesday, February 25, 2014

hidup lepas pengsan

bukan pengsan. tetapi senyap.. tapi apa kaitan senyap dengan pengsan? sebab mana ada orang yang pengsan bole bercakap kecuali dia ngigau. haaa! gituu. blog ni pengsan seketika. inshaAllah kembali sihat selepas ni. doa-doakan ye ^,^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...