Monday, October 20, 2014

Hanan Awatif

Hanan berkali-kali melihat skrin handphone nya, masih berkira-kira untuk mendail nombor ibu nya atau tidak. Jauh di depan kelihatan Izah tengah sibuk melihat barang-barang yang hendak dibeli. Gembira dan teruja. Hanan tersenyum sendiri melihat wajah Izah yang happy go lucky.

'Ibu, kad CIMB orang hilang.' Mesej dihantar. Hanan mengeluh berat. Mata meneliti satu-persatu barang kosmetik di depannya. Safi Rania, Olay, Nivea... semua piksel-piksel itu hanya lalu di mata. Fikiran melayang entah ke mana.'

"Hanan, awak nak beli barang apa?" Izah menyapa bahu Hanan. Tawar.
"Tak tahu lah Izah, nak tengok dulu." Hanan menjawab hambar. Izah seakan mengerti, mengangguk perlahan. Handphone Hanan berdering. Nama 'Ibu Sayang' terpapar di skrin. Deringan di jawab. Izah yang seolah-olah memahami, menjauhkan diri. Memberi ruang untuk Hanan dan ibunya.

Dari jauh Izah sesekali memerhati ulah Hanan. Muka Hanan kelihatan sangat runsing, sesekali mulutnya terkumat-kamit, tapi lebih banyak mendiamkan diri.

Ibu Hanan menamatkan perbualan. Hanan menelan air liur berkali-kali, menahan air matanya dari berguguran di tengah-tengah supermarket. Perasaan kena marah dengan ibu sangat membuatkan Hanan terkilan.

'Memang aku salah. Tak sepatutnya aku cakap macam tu kat ibu.' Hati Hanan berbisik sendiri. Menyesal perbuatannya yang menyebabkan ibu marah. Mood untuk membeli barang keperluan totally distract. 
Hanan masih lagi berlegar-legar di tempat yang sama sambil pandangannya tak lepas daripada skrin handphone. Lima minit kemudian, nama ibunya sekali lagi terpapar di skrin. Hanan merasa berat untuk menjawab panggilan ibunya. Namun digagahi juga walau berkemungkinan dimarahi sekali lagi.

"Hello bu." Hanan menjawab pendek.
"Akak, akak nak ibu kirim kan duit berapa? Akak nak pakai berapa?" Lembut sekali suara ibunya bertanya, berbeza sangat dengan panggilan yang pertama. Air mata yang ditahan dari tadi tak semena-mena mengalir di pipi. Hanan hanya menjawab sekadar yang perlu. Tidak mampu untuk menjawab lebih lama kerana tangisannya semakin deras mengalir. Hanan bimbang dikesan oleh ibunya. Bimbang ibunya akan merasa bersalah. Bimbang juga ibunya susah hati dengan keadaannya. Hanan memendekkan perbualan.

Setelah itu, Hanan terus keluar dari supermarket. Sementara menunggu Izah selesai membeli keperluannya, Hanan duduk termenung di kerusi tak jauh daripada supermarket. Fikirannya masih teringat-ingat perbualan dengan ibunya.


bersambung...

Sunday, October 19, 2014

Hari Jubah Mereka

Kaki melangkah penuh hati-hati, menyusuri pentas Dewan Tunku Canselor.
Penuh sopan dan takzim.
Scroll di sambut, senyuman terukir, puas.
Dari kejauhan, seorang photographer bersedia untuk menangkap wajah ceria itu.
Bukti hasil kegigihan mereka kini terbukti.
Bukan sekadar kertas biasa, cuma itulah bukti penat lelah mereka.
Kerana manusia ini susah untuk mempercayai kata-kata.
Semoga ilmu bukan hanya sekadar di kertas, tapi lebih di jiwa.
Untuk disebarkan dan diamalkan di merata dunia.

Tahniah buat mereka.
Senior-seniorku yang telah bergraduasi.
Graduan dari Borneo.
Graduan dari Sarjana Muda Syariah (Syariah Ekonomi)
Tahniah beribu tahniah.
Moga terus maju.

*Jubah itu bukan jubah biasa*

Saturday, October 18, 2014

Tak Datang Bergolek

Situasi:
Tengah makan popcorn, fries, tambah cake coklat cheese sambil tengok tv.
Iklan tv: tips untuk kuruskan badan, minum air masak 8 gelas sehari.
Owh, patutlah, aku minum 7 gelas je. Sambil tangan menyuap kek ke dalam mulut.
by: Ahm Ahmad.
*kejayaan bukan hanya dengan 1 jalan*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...