Saturday, July 30, 2011

Universiti Ramadahan

Kemasukan baru ke universiti..

Tarikh : 1 Ogos 2011 (InshaAllah)
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Subjek wajib : Berpuasa
Subjek special : Terawih
Subjek tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc
Kelulusan : Ijazah taQwa
Konvo : 1 Syawal

*Extra.. Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
course : Pose 6 . . .

JOM DAFTAR!!
  Di bawah adalah contoh lampiran untuk aktiviti2 dan bonus yang bakal menanti anda.
Cepat!! Apa tunggu lagi. Grab secepat mungkin.

Harapan daripada beberapa orang calon :

1. Semoga sepanjang pengajian di U ini, ilmu Allah semakin bertambah, iman semakin kuat, hubungan aku dengan 'Pemilik U' ini semakin dekat.
2. Semoga di U ini, kita mengambil peluang yang ada, kerana U ini sangat dipercayai tiada penjenayah, ambil peluang untuk mempersiapkan diri dengan kerja-kerja ibadah terhadap Allah
3. Diharap juga tahun ini bukan tahun terakhir untuk aku memasuki U ini, kerana aku akan merindukan suasana dan berkahnya.

"Sama-samalah kita mendaftar untuk memasuki U ini, dan ianya PERCUMA!! Dan berebutlah untuk menjadi pelajar yang terbaik!!"

itu sahaja..
~wassalam~

Friday, July 29, 2011

SEPETANG YANG SINGKAT BERSAMA KAK JUEA

Bismillahirrahmanirrahiim

:
Hari ini, bersamaan 29 Julai 2011, aku jumpa akak aku. Best3 http://www.emocutez.com
A big thanks to Hanun sebab sudi temankan aku gi Masjid Jamek semata-mata nak jumpa akak aku, hehe. Terima kasih banyak banyak (:
Sepanjang perjalanan kat Masjid Jamek tu, aku temankan akak aku beli tudung untuk raya. Ingatkan nak bli sehelai dua je, tapi beli sebungkus besar sekali,hehe. Biasala kan, anak perempuan parents aku ramai.
Dah alang-alang akak aku ade, aku pon beli la satu lagi tudung. Dah akak aku kata, dia tengah ada duit, baik pilih tudung cepat,hehe, aku apa lagi. Carik tudung yang sedap dipandang sampai dapat.
Ni la pilihan aku, bunga dia cantekk http://www.emocutez.com

tak tau nama apa ("^^)

Pas tu, aku ikut dia balik hotel. Hanun balik dulu, tak nak bebankan dia, dok lama2. Hotel akak aku kat Bukit Bintang, Kena tukar train 2 kali, (Star-Monorail) waa penat gilew http://www.emocutez.com
Pastu, akak aku pun belanja aku beli selipar utk jejalan ^_^ suke suki
sebab kaki aku sakit sangat (pakai wedges) meletup-letup dahsyat bunyik die
Sekali, singgah kat Jukebox, depan hotel je. Jumpa la selipar kat bawah ni.

cantek kan?!

Malam tu plak, kitorang jejalan gi KLCC, tukar 2 train. (Monorail-Rapid KL).
Sampai2, perut aku agak lapar,hehe. So, kitorang pon makan dekat food court kat Tingkat 2 kalau x silap.
Pas  makan, kitorang amik gambar dekat tasik kat luar tu, cantekk. Tapi, xsempat nak post gambar kat sini, lain hari la ye gambar nya.
http://www.emocutez.com by the way, i'm feel so happy today even it just only a few hours "^^
Thanx 4 everything and sorry 4 everything too Kak Ra and the geng
only one sentence
http://www.emocutez.com
itu sahaja entry kali ini
ukhwah fillah, insyaallah
~wassalam~

Wednesday, July 27, 2011

DAH NAK BALIK DAH ("^^)

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah seminggu bertapak di rumah kawan aku ni, Ili Nabilah, akhirnya beberapa jam dari sekarang aku akan balik jugak ke KK12 UM.
Nak kate, malas nyeww laa. hehe , biasa la tu kalau dah balik rumah walaupun rumah kawan
susah sikit nak ambik mood untuk balik kolej. http://www.emocutez.com
Berikut adalah tentatif program aku sepanjang berada di rumah Ili :
(ayat skema "^^ )

Jumaat (malam) : - bertolak dari Universiti Malaya bersama Ili & Farah menuju ke Mid Valley
(jalan2 sebentar di Mid sementara menunggu KTM pada pukul 8.40 malam )
dekat KTM, jumpa seorang junior UM (budak PASUM) nama dia Liyana.
peramah giler budak tu,huhu. Paling suke nye, dia asyik puji budak APIDS jew
(tak pernah lagi dengar ada budak Pasum puji budak APIDS) hehe..
Akhir nya, kami naik KTM yang kedua sebab yang pertama tu sangat2 penuh, sampai tertolak keluar lagi muatannya. So, kitorang amik inisiatif untuk tunggu yang kedua. Alhamdulillah, setelah itu selamat sampai ke rumah Ili.

Sabtu : pergi Giant, x ingat dah buat ape..hehe

Ahad : pergi Metropoint bersama Ili & Mak Jah. Masa ni la terjumpa butik baju Muslimah baru. Nama dia Zariyah Muslim
Best sangat baju dia. Semua comel comel belaka,hehe. Rambang mata jadik nye..
Ha, satu lagi kat sini jugak la kerinduan aku terubat, sebab lama sangat dah x rasa cool blog dengan pearl nye rasa macam nama buku la plak
sedap sedap..nyam3 http://www.emocutez.com

macam sedap kan? memang sedapp~

- hari2 berikutnya, biasa2 je..makan tido (xde la,terok nye bunyik,hehe)
Ha, baru ingat, malam Isnin, aku dengan Ili bercadang nak tukar angin masa belajar. So, kitorang pun dibenarkan keluar dari rumah oleh Ummi, pergi ke McD..Sambil tu pesan burger, kalau aku plus sundae (lama dah xmakan,hehe)

Paling best nya, semalam la. Hari Rabu petang : - Ummi ajak kitorang pergi PKNS kat Bangi, ingat nya nak gi Syabab (kedai buku). Keluar dari kedai buku tu, kitorang makan pizza dekat Pizza Pah. Sedaap sangat.


Best sangat,hehe. Sampai aku lupa minggu depan ada exam, aduss, mati ar.. xpe2, insyaallah aku topup ,masa belajar aku kat KK12, amiin ..

::tu je kali ini::
 apa2 pun. fighting for next exam http://www.emocutez.com
~bittaufiq wannajjah~

wassalam (^^,)

Monday, July 25, 2011

Kenapa Aku Makin Jauh?

Bismillahirrahmanirrahim

:
:

Bangun dari subuh, saya merasa ingin menulis sesuatu dalam blog kali ini. Sekian lama dah diri ini x menulis 'penyakit hati' yang saban hari memakan diri.

Petikan Kata-kata Dari Sebuah Blog :


“aku sedar akulah ciptaanMu yang sempurna, namun kadang – kadang kesempurnaan itulah yang menjadikan aku semakin angkuh, semakin liat mengingatiMu Ya Allah, malunya aku pada si ombak, malunya aku pada Mu Ya Allah! Walau dosa - dosa yang kerap ku tabur di bumi Mu ini, Engkau tetap mentakdirkan daku masih bernafas dengan nikmat Iman dan Islam. Maha Suci Engkau ya Allah ! ampunilah dosa – dosa hamba Mu ini Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan hambaMu ini semakin berganjak hari, semakin tersasar jauh dari jalanMu Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini Ya Rabbi”


Saya berfikir sejenak mendengar kata-kata itu. "Semakin lama semakin jauh aku dari Nya. Semakin lama aku x merasa kehadiran Nya yang sentiasa dekat denganku. Apakah aku pendosa ya Allah? sehingga aku x diberi rasa yang membuat aku dekat dengan Mu ya Allah. Ampunkan dosa ku ya Allah. Hamba Mu ini lemah, x berdaya. Sentiasa mengharapkan belas dan kekuatan dari Mu"



Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. 
  Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
 Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.  Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah yang bermaksud :
" ( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia. " 
Q.S Ar-Ra'd : 28 
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :  
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."



ya Allah, sungguh Aku x menginginkan kemewahan dunia dari Mu. Aku hanya menginginkan petunjuk dan hidayah Mu yang boleh membawa ku berjumpa dengan Mu dan Rasul Mu.
permudahkanlah urusanku ya Allah. Ameen ya Robb.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah
jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan
juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Matikah hatiku ya Allah? Hanya Engkau yang Mengetahui.
Titisan air mata ku ini hanya untuk Mu ya Allah. Jangan lah engkau biarkan hatiku mati, sedangkan hatiku ini sangat diperlukan untuk memperjuangkan agama Mu.
Berikanlah aku kekuatan untuk berusaha istiqamah dalam menghidupkan hati ku ya Allah


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Bantulah hamba Mu yang dhoif ini ya Allah. Janganlah Engkau jadikan hamba Mu ini seorang yang sesat setelah Engkau tunjukkan jalan. Naudzubillah min zaalik.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

::  tinta hati yang gersang :: http://www.emocutez.com

I FALL IN LOVE WITH 'ENCIK KIMIA'!!

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat pagi blogger2 sekalian .. Jangan tido lagi ye Sleepy Emoticons ..
Nak cerita cket pasal encik kimia ni,hehe.
Kalau sape2 yang ada terbaca post sebelum2 ni,perasan atau tak, aku dah pun 'melabelkan' diri aku sebagai anti-chemist.. x la anti sangta tapi masa sekolah menengah dulu, tu adalah antara subjek yang sangat x digemari wo..

TETAPI..
pada suatu malam, dengan tetibanya, terdetik dalam hati aku (Allah yang mendetikkan),
nak buat tutorial kimia dengan usaha sendiri. Start pukul 10 camtu kot, buat kimia.
Mula2 aku blur cket Free Smileys  tapi lama2 buat, rujuk buku, rujuk nota, tanya kawan, akhirnya,
dengan izin Allah aku dapat gambaran camane nak teruskan tutorial tuh.
tengah syok2 buat, sedar x sedar, jam dah pukul 3 pagi. Kawan aku sume tdo dah. Tapi aku x rasa mengantok pun. Mengenangkan esok ada kelas, aku kena la tido,kalau x,mati ar aku tido dalam kelas.
datang2, xdapat apa2, bukan ke rugi. Masa itu kan emas.
tapi kan aku bersyukur sangat sebab aku dah boleh letakkan subjek kimia in one part of my heart (^^,)
mana x nyer.. dulu subjek paling xdigemari tapi sekarang dah jadi subjek paling digemari daripada yang lain
yang addmath pulak, dulu subjek yang paling senang nak difahami tapi sekarang subjek tu lah sangat susah nak faham...
biasalah..hati manusia kan berbolak balik sifat nya..tu la point aku http://www.emocutez.com
tu aja..untuk kali ini yaa..
~wassalam~


ni lagu yang bole la buat aku hafal cket2..menarik!!

Wednesday, July 6, 2011

STORY OF FAMILY TALE (PART 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, aku diberi peluang masa free untuk mencoret kat blog aku kali ni.
Lama dah aku nak cerita tentang keluarga aku sebenarnya, tapi xberpeluang.
Ok, aku akan ceritakan tentang setiap ahli keluarga aku.http://www.emocutez.com

gambar apak

Mula dengan ketua keluarga. My daddy. Aku panggil dia apak, mean ayah la.
Nak diceritakan dia ni sangat2 suka mengusik anak2 dia, lagi lagi cucu. dah jadi atuk rupanya
Dia ni seorang peniaga di gerai makan sendirian berhad, diberi nama "Aizatul Cafe".
Nama tersebut bersempena dengan nama anak lelaki pertama ayah & mak aku.
Boleh kata, ayah aku ni excited sangat la dapat anak first lelaki, setelah 4 orang anak perempuan
berturut-turut kan?? http://www.emocutez.com  Alhamdulillah ^^
Ayah aku ni banyak sangat kepakaran. Antaranya, dalam membaiki elektrik, dalam perniagaan.

gambar tengah sibuk

Ayah aku juga terlibat dengan penjualan top-up..^^. Banyakkan bisnes dia, sampai anak pun terikut-ikut nak buat bisnes. siapalah tu . Kalau kat gerai makan, selain jadi bos, ayah aku ni pembancuh air yang aku paling salute la. Tabik spring kot,hehe. Sebab dia bancuh air ikut muka pelanggan, maksudnya, ada pelanggan tetap kat gerai kitorang tu, memang dia dah tau la takat2 rasa air diorang tu. Kalau yang muka 'kaw', dia buat 'kaw' sikit. Yang manis, dia buat manis, camtu lah. Tapi kadang2, salah gak. Biasa la kan, manusia.
Last but no least, he always be my great leader ever.


mak aku

Ni pulak mak aku. Nama dia Minah bt Engot. Ramai orang kata mak aku cantik masa muda-muda.
Betul rasanya kan,hehe. Mak aku ni seorang tukang masak terhebat pernah aku jumpa memang la kan
Paling best kalau dia masak telur dadar...cedap^^ muhaha
Ada hadis nabi mengatakan, "syurga itu di bawah telapak kaki ibu"
Aku sebagai anak, sememangnya agak nakal nakal banyak  http://www.emocutez.com
Maafkan saya mak ^^.
Lupa nak cerita, mak aku ni pembantu kepada ayah aku. Dia masak makanan, sambil2 temankan ayah aku kat gerai tuh. Mak aku ni seorang pemalu, tapi sangat tegas. Siap la kalau langgar arahan dia, hehe.
Apa2 pun, dia adalah mak yang terbaik bagi kami semua.

gambar kak lin & family x cukup sorang


Gambar kat atas tu, gambar kakak sulung aku & family dia. Bang Asim tu abang ipar aku, Qhai, anak first,
sorang tu Ajim, anak kedua. Ada sorang lagi, tapi x ada dalam gambar, nama dia Fitri.
Nama akak sulung aku ni, Azlin. Aku sayang sangat dengan dia, sebab dia baik sangat http://www.emocutez.com
Mak aku pernah cakap, dia ni memang seorang yang berdikari sejak kecik lagi. Biasa la, anak sulung.
Tapi tak semua anak sulung macam ni kan. Dia ni suka sangat mengalah dengan kitorang, memang aku respek ar. Walaupun dia dah kahwin, tapi dia suka sangat lepak2 dengan kitorang.
Memang terbaik ar.!! Dia pun jarang marah kat kitorang walaupun kitorang selalu buat perangai buat lagi!
hehe..terima kasih kak lin.http://www.emocutez.com 










......akan bersambung......



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...