Monday, October 24, 2011

K.L.C.C.

Assalamualaikum...

alhamdulillah,setelah sekian lama saya x meng'update' kan blog ni, pada saat ni, saya nak ceritakan pengalaman saya belajar di KLCC. saja nak ubah angin. ^_^


minggu depan saya nak exam~ cuak nye..hehe..tapi xpe, kat akhir2 nak exam ni, xyah study hard, tapi study smart. Insyaallah, kita usaha, Allah akan tolong.
nak cerita nya, tengah hari tadi, saya dengan kawan saya, ummi aiman pergi ke KLCC.
dari kolej 12, saya dengan ummi jalan kaki ke stesen u. tengah2 perjalanan, kitorang dengar azan, tandanya Zohor dah masuk. saya tanya ummi, "kite nak pergi terus ke, solat dulu kat masjid?" kebetulan kitorang akan lalu masjid setiap kali nak gi stesen u.
ummi kata, baik kita solat dulu. sampai nanti xyah risau solat dah.
masa tu saya teringat nasihat ayah kepada kawan saya. ayah dia kata, setiap kali nak buat sesuatu, utamakan solat dulu. Insyaallah, kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.

 “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

yang buat saya teruja, masjid ar-Rahman tu sangat bersih dan sangat kemas. saya suka! ^_^
tapi x sempat nak ambil gambar,hehe.
 lepas selesai solat zohor baru kami bertolak ke KLCC.

dalam pukul 2 lebih kami sampai kat KLCC. terus pergi ke taman dia, nak ambik pot awal yg x ramai orang, senang sikit nak fokus kan :)
dah jumpa satu kerusi tu, bole la kami dua duduk atas tu, terus keluarkan alat2 nak belajar.
belajar...bercakap...tengok orang...belajar lagi.....tengok orang lagi...makan....belajar....
memang setiap masa, kat situ penuh dgn foreigner. ada yg dari barat, thailand, indonesia, cina...dll...
dah hampir2 nak asar tu, kitorang teruskan lagi study. tiba2 ada sekumpulan group lelaki, datang, tangkap2 gambar menara. ramai sangat, kitorang buat xtau je. (dalam hati,takut gak,xtau knape)
tengah syok mengira, tiba2 salah sorang pakcik drpd kumpulan tu tegur,
"ni dari malaysia ya?"
dengan muka yg sangat blur, saya hanya mengangguk. "^^
.........................................................

pastu saya gtau ummi, "rasa bersalah pulak, xtanya balik, dari mana ke, nak buat apa kat sini ke..rasa cam xmengalukan tetamu pulak"
sebab masa tu teringat kat nasihat Ustaz Hazrul, dia cakap, kalau kita nak org baik dengan kita, kena ada komunikasi yang baik. contohnya, kalau kawan kita tanya khabar, kita tanya la balik. xkan nak tunggu dia je tanya kat kita, dia pun ada rasa nak ditanya. camtu la komunikasi yang baik. tetiba rasa bersalah kat orang tu. xpe, pengajaran ^_^
lama2 dok kat taman tu, akhirnya kitorang memutuskan utk balik. sebelum tu, nak solat asar dulu kat surau KLCC. lpas solat, kitorang lalu tapak yang tengah2 tu. rupanya ada pameran seni. xkisah la seni apa, rekaan, lukisan, video, animasi... best sangat tengok. banyak lukisan yang pelik gak, hanya orang seni je faham. setiap lukisan tu ada maknanya sendiri.
paling saya ingat, pasal wanita.
"beauty of women just not look at their clothes, how they womb their hair, how they dressed up, but,the beauty of women can look through their eyes, and their heart, because heart is a place where they keep their love"
lebih kurang camtu lah..sedap sangat description diorang. seolah2 diorang bercakap dengan lukisan tu.suka!
 dah abis explore pameran tu, baru kitorang balik ke UM.
 ~lalalala~ banyak pengalaman yg kitorang dapat.
tu saja yang saya boleh share kat korang.
setiap yang berlaku tu sebab Allah punya rancangan ^_^
-wallahua'lam-





Thursday, October 6, 2011

PERASMIAN PENUTUPAN BELOG BUTTERFLY

Assalamualaikum..wbt..

sekian lama tangan saya tidak berkongsi ilmu yg sebenarnya banyak yg telah saya peroleh sepanjang blog saya ditinggalkan. Insyaallah, selepas final exam,saya akan cuba berkongsi beberapa pengalaman yg telah saya peroleh. xsabar rasanya.

entry kali ini sebenarnya sekadar pemberitahuan bahawa blog saya yg kedua akan saya tutup. sebab saya lebih memilih blog ini untuk lebih diutamakan. dan bukankah kualiti lebih baik dari kuantiti. dan bukankah istiqamah dgn yg sedikit lebih baik dari banyak tp tidak istiqamah.
wallahua'lam..

dan pesanan saya,terima kasih kepada semua pembaca yg pernah meluangkan masa ke blog ini mahupun blog yg kedua. moga apa yg saya kongsikan ada manfaat nya untuk kita semua. amiin.
sekian-mariposa-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...