Friday, August 19, 2011

BUAT BAKAL ZAUJ KU

Bismillahirrahmanirrahiim
 :
Assalamualaikum, entry kali ni agak lain. sebab satu hari nanti semua dari kita akan ada pasangan masing2, insyaallah dunia akhirat.
wahai bakal zauj ku.. ingatlah satu perkara,
"aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu itu dari dirimu,
maka hilanglah cintaku kepadamu"


::Buat bakal zauj yang bakal mendampingiku kelak::
terima kasih kerana telah memilihku daripada ribuan muslimah di luar sana, padahal kamu amat tahu, aku hanya wanita biasa yang jauh dari kesempurnaan. maka ingatlah pesananku..
::Kepadamu yang akan memilihku kelak..::
Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
::Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..::
Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa.. yang sebenarnya ingin sekali menjadi seperti Saidatina Fatimah. tapi siapa la aku dibandingkan dengan anak Rasulullah.
::Maka, bantulah aku dalam membentuk keperibadian seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah::

juga buat bakal zaujku..
ini untukmu..

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


wallahu'alam..[istikharah cinta]..



Friday, August 12, 2011

JANGAN TERTIPU DENGAN TUDUNG LABUHKU

Bismillahirrahmanirrahiim

an infinity grateful to Allah for let me write something in my blog today.
and for every oxygen that i have used for my life without paying any. thanks Allah.

kembali pada tajuk tertera, saya mohon maaf sekiranya ada tersilap perkataan yang digunakan.
(rakan-rakan tolong tegur)

pertama sekali saya awal2 menyatakan ini adalah sebahagian rasa hati yang ingin saya kongsikan,insyaallah.

saya adalah insan yang sangat dhoif. saya pasti ada antara rakan2 pun berkata dalam hati 'saya pun dhoif'.
na'am. kita adalah hamba, memang sepatutnya kita rasa macam tu.

rakan2, ingin sekali ku katakan, jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang, ramai yang sedia maklum.
jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang budak yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar.
jangan kerana tudung labuhku, aku menjadi terasing dalam kalangan kalian.
aku hanya ingin berusaha menjadi muslimah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna.
aku masih seperti dulu, aimilea yang dulu. mungkin sikap ku sedikit berbeza, tapi perbezaannya agak tipis.

jangan tertipu dengan tudung labuhku-nampak je aku pakai tudung labuh, budak ni dah berubah.
kalau aku berubah ke arah kebaikan, bantulah aku. aku punya banyak tanggungjawab yang memberikan kesedaran kepadaku untuk berubah lebih baik dari sekarang. insyaallah, aku yakin,korang pun rasa benda yang sama.
rakan2, jangan lunturkan semangatku. (^__^)
nampak aku pakai tudung labuh, tapi buat benda yang salah, aku mohon, tegurlah dengan cara yang baik2.
jangan kata 'dia ni pakai tudung labuh, tapi buat benda x elok'. tudung labuh tu xsalah pun.
nampak je aku pakai tudung labuh, 'eh, ustazah2'. bukan ustazah je yang boleh pakai tudung labuh. syurga bukan untuk ustaz-ustazah je. neraka pun bukan hanya mereka dikecualikan (word by ct rahmah)
..............
kata-kata aku ni juga untuk peringatan aku sendiri,insyaallah.
satu je dari hati aku :
"walau macamane pun sikap, penampilan, dan perangai orang sekeliling aku (keluarga, rakan2, muslimin muslimat) aku akan sentiasa memandang korang sebagai ahli syurga yang akan aku jumpa balik di taman syurga sebagaimana Allah temukan kita pada masa hari raya, dll, insyaallah"
hanya Allah yang Maha Mengetahui rasa, semangat, azam dalam jauh lubuk hatiku.masyaallah.
berikan aku kekuatan ya Allah

luahan kalam,,,
-hamba dhoif-


Thursday, August 11, 2011

PENYAKIT TAK MENGANTOK PADA MALAM HARI

Bismillahirrahmanirrahiim

Assalamualaikum ladies and gentleman.
bercakap pasal tajuk diatas, ia amat mengerikan bagi aku.
p aku tatau apa keburukan dia. sejak dua menjak ni, kerap sangat dah dok berjaga sampai 2-3 pagi.
kalau buat tutorial ke, study ke, xpe lagi. tu pun, kadang2 je aku berjaga sebab study
(biasanya malam exam la)
yang terlebih kali nya pulak, aku berjaga sebab nak tengok cerita,hehe.
dah menjadi kebiasaan. tapi aku ok lagi, tido lambat tapi still bangun awal, alhamdulillah.
p x nak la teruskan perangai camni kan, rasa macam tak proper la pulak bagi seorang student kan.
lagi2 masih asasi~aigoo~
how can i solve this problem, still think the most posible way.

if my post just disturb your mind, forgive me keyh.
peace be upon to you! happy ramadhan..

Monday, August 8, 2011

Rindu dengan Ikan Terubok!!

Bismillahirrahmanirrahim

Tengok jap pic kat atas. Wa..buat aku terliur weh. Lama nya aku rindu dengan makanan ni. Tapi susah nak carik kat sini. Semalam kan, aku pergi ar bazaar yang tak jauh dari UM nih. Jalan kaki je.
masa tengah carik2 makanan nak buat berbuka, tetiba aku nampak ikan terubok. wa!! aku dah memang niat nak beli pon. dah tu, aku cakap la kat Ummi (kawan aku dari sarawak gak).
"mi, mok beli sik? ikan terubok ekh."
ummi : "wah, mok mok..brapa rega ekh?"
pastu aku tanya la pakcik tu,
aku : "pakcik, brape harge ikan ni ek?"
pakcik : "yang separuh ni 15 dik"
'mak oii! mahal gila'
aku dengan ummi berpandangan,huhu..tak pe la. kempunan ar aku.
ni yang xsabar2 nak balik sarawak. wa~ sabar3 aimy.

yang membuatkan aku tertulis entry pasal ni, sebab status akak aku kat fb la..


menu sgkei ptg tuk....1) milo C peng. 2) bubur pedas 3) kueyh bakoll 4) koyong sedutt msak kcapp........... 5) trubuk pgg da x ow?? 6) dagin msak kcap...heee ♥♥♥ k sahorr x taukk gk.....
2 hours ago ·  · 

Saturday, August 6, 2011

SANNAH HELWA MUNIRAH ^_^

Bismillahirrahmanirrahiim
:
Assalamualaikum. entry kali ni ditujukan khas buat sahabat saya Nurul Munirah.
Insyaallah solehah orang nya. Selamat hari lahir mun. saya nk berterima kasih sangat2 kat awak sebab kadang2 kata2 awak byk membuatkan kita berfikir. seiring umur meningkat, seiring itu juga kita mendekati masa untuk bertemu dengan Allah. moga2 mun dan saya serta rakan2 lain sentiasa berusaha untuk meningkatkan ibadah kita terhadap Allah. Amiin (^_^)

*termasuk rakan2 lain..moga kita mendapat berkahNya di bulan ramadhan ini..

wassalam
-inni uhibbuki fillah-

Friday, August 5, 2011

"WAKTU REHAT" -layannnn~

Bismillahirrahmanirrahiim
:

Tak Sabar Kami Menanti
Waktu Rehat Tiba Lagi Heboh, Kecoh Dan Meriah Bila Dengan Kawan Sekolah
(Rancaknya) 
Jadi Mari Bersama Kami
Disini
Lawak, Gelak, Rancak, Borak 
Semua Di Waktu Rehat 

kalau masa free2, aku layan la citer ni. bezz!..try ar tengok..
citer dia,sekarang dah season 2, bole tengok kat disney channel, p tak tau la jam dia.
sebab sebelom ni tengok kat you-tube je.
kalau dalam citer ni, aku suka tengok watak 'syed', sebab dia lawak. Anding pun aku suka tengok sebab dia ni jenis yang skema tapi boleh jugak try apa yg budak nakal buat,haha. macam2.
so rakan2, kalau bagi aku, selain Hagemaru dgn Shin Chan, citer ni lah antara citer yang boleh buat aku lepaskan sikit tekanan time study.
tapi, jgn lupa, cara terbaik utk releasekan tekanan adalah, baca al-Quran =) keyh?
tu je..wassalam.

HYDROGEN ADALAH GHURABA'

Bismillahirrahmanirrahiim

http://www.emocutez.com Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ni kitorang dah habis exam. Hooray!! Baru sekejap tadi kitorang tamat exam paper kimia, sekaligus dinobatkan sebagai 'last paper'.

Atas tu intro saja. Tajuk entry kali ni, hydrogen adalah ghuraba'  (asing).
Kenapakah?? Benda ni saya terfikir masa tengah ulangkaji kimia tadi. Insyaallah, saya akan cuba untuk menerangkan apa mesej yang saya nak sampaikan.
Jom usha gambar di bawah jap =)

-ni periodic table-

Cuba tengok betul2 table kat atas. Warna hijau = non-metals, kuning = metals, yang purple = metalloids.
Kalau perhatikan betul2, ada satu hijau je yang berkumpul dengan warna kuning.
Mana hijau yang lain. Cuba lihat sebelah kanan anda, kat situ berkumpul warna2 hijau.
Kalau saya tengok warna hijau, mesti ada kaitan dengan Islam.
Pokok-pokok hijau, rumput rampai, sangat menenangkan.
Saya pernah terbaca satu blog ni, apa kaitan hijau dengan Islam?
Melalui blog tu, hijau adalah salah satu warna kegemaran Rasulullah s.a.w. dan munasabahlah jika warna kegemaran rasulullah dikaitkan dengan Islam. Dan satu lagi pendapat dari sorang ustaz jgk, hijau itu lambang keindahan. Diceritakan tentang di alam syurga kelak berwarna kehijauan. Jadi sebab yang kedua adalah alam syurga adalah warna hijau. Sejauh mana kehijauannya?-wallahua'lam-


Berbalik dengan periodic table di atas, kita zaman sekarang atau lebih dikenali dengan umat akhir zaman, orang Islam yang betul2 beriman adalah ibarat hydrogen tersebut, seorang ghuraba'.
Hydrogen tu dah bertahun2, berkurun agaknya, duduk kat situ sebagai ghuraba'. Menjadi non-metal apabila di sekeliling nya metal, tapi x berubah jadi metal pun? Sama seperti kita, walaupun kita duduk di tempat yang sekeliling kita, x sama seperti kita, jadilah kita non-metal dikala semua orang adalah metal. Maksud nya, kita teruskan perjuangan Islam yang kita pegang di saat sekeliling kita adalah orang yang tak faham Islam.
*********************
Di dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith riwayat Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ.]

Maksudnya: Sesungguhnya Islam telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sepertimana ia mula. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu.

Dalam riwayat lain:

عن عَبْد اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِي قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ وَنَحْنُ عِنْدَهُ [طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ] فَقِيلَ مَنْ الْغُرَبَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ [أُنَاسٌ صَالِحُونَ فِي أُنَاسِ سُوءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ]

Maksudnya: Sepohon pokok (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu. Maka ditanya; Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Mereka ialah orang-orang yang saleh di kalangan jumlah manusia rosak yang banyak, orang yang mengingkari mereka lebih banyak dari orang yang mentaati mereka.

Dalam riwayat lain:

عَنْ جَدِّهِ (عمرو بن عوف بن زيد) أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ [ إِنَّ الدِّينَ بَدَأَ غَرِيبًا وَيَرْجِعُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي.]

Maksudnya: Sesungguhnya agama ini telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu. Mereka ialah orang-orang yang memulihkan sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia selepasku.



http://www.emocutez.com"Bahagialah wahai orang-orang yang asing
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar"




-wassalam-

p/s : maaf ye kalau ada yang tak faham. Boleh tanya, insyaallah,boleh jawab (^_^)

Tuesday, August 2, 2011

AKU TAK BOLEH ELAK RASA CINTA, LEBIH BAIK DIAM!!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum..

Apa khabar sohabah semuanya, harap sentiasa berusaha mendapatkan cinta Allah ye.
Untuk entry kali ini, nak cerita sedikit tentang CiNtA


Cinta itu indah kan? Indah kalau kita tahu mengindahkannya. & kadang2 ia akan nampak tak cantik kalau kita  cuba untuk menjadikannya sebagai tempat untuk memenangkan nafsu. Nauzubillah.

Cuma, saya nak cakap. Saya sebenarnya ingin sangat bercinta, tapi saya masih belum berjaya mencapainya. Apalagi kalau dengar kisah2 serikandi zaman Rasulullah dan sohabah. Cinta mereka sangat hebat.

Saya sangat jeles dengan serikandi Rabiatul Adawiyah (^^)
Cinta dia kepada Allah tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Saya sangat berbesar hati nak share kat korang sedikit kisah Rabiatul Adawiyah ni.
Boleh la,insyaallah kita hayati kisahnya, moga diambil iktibar ye.. (Lambang cinta agung)

"Jika cinta Allah itu terkandung di dalam neraka aku akan terjun ke dalam neraka untuk mendapatkannya"-Rabiatul Adawiyah~
Rabiatul Adawiyah seorang wanita yang paling warak dan zuhud mendapat taraf wali dari Allah..Kehidupannya dipenuhi zikir dan munajat kepada Allah dan berselawat kepada Rasulullah sehingga tubunya menjadi kering kerana waktu malamnya dia bertahajud dan bermunajat kepada Allah..Pada waktu siangnya pula dia berpuasa dan menghadiri majlis ilmu..Makanannya cukup dengan sekeping roti kering sekadar alas perut..Kadangkala berbuka puasa hanya dengan sebiji kurma..Biarpun ulama terbilang yang datang meminang,biarpun sultan negara datang merisik..Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya..Sebelum mendapat taraf wali Allah Rabiatul Adawiyah diuji dengan kematian ayah dan ibunya semasa beliau masih muda..

Beliau pernah diculik dan dijadikan hamba..Tidak sedikit pun Rabiah kesal..Untuknya,Allah tahu terbaik untuk dirinya..Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah..Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya,kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya..

SUBHANALLAH


Cemburunya dengan Saidatina Fatimah (^^)
Kisah Saidatina Fatimah apa pulak? Siapa yang tak kenal puteri Rasulullah ni.
Kisah dia dengan Saidina Ali sangat membuatkan saya cemburu, dan saya nak jugak jadi seperti Saidatina Fatimah, mempunyai suami yang taat kepada Allah dan setia kepada isterinya seperti Saidina Ali.
Siapa yang tak nak suami soleh, romantik pulak tu. Jadi, kalau kita nak suami soleh, kita kena jugak men'solehah'kan diri kita sebaiknya dan mohonlah pada Allah supaya dijodohkan kepada lelaki yang soleh. Insyaallah, amiin ya Robb (**)
Nak dengar tak kisah pasangan bahagia. saya sertakan ringkasan kisah dia.
Jom baca sama-sama.

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.





Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

"Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan."



wassalam
<salam mahabbah>

Monday, August 1, 2011

RASA MACAM TAK TAU PAPE -.-

Bismillahirrahmanirrahiim..

wa wah~ entry kali ni, agak tension bunyik nyer.
Mana tak nyer, dah hampir 10 jam (rasenye la) aku dok mengadap benda alah ni, kimia http://www.emocutez.com
Makin banyak aku buat, rasa macam makin tak faham.
Apalah yang aku buat sampai macam ni sekali. Esok nak exam tuu!! adusshh!
Bukan bunyik nak mengeluh ke ape ke..
TAPI.............................

Aku tak tau apa aku nak jawab esok!!! uwaaa http://www.emocutez.com
Tolong aku ya Allah...Aku tau Engkau dekat ^^,

oh Kimia.. xjadi aku nak jatuh cinta kat ko, sebab ko buat aku frust,huu..
maaf ye Encik Kimia http://www.emocutez.com

sedih2..at last, selamat berpuasa semua (^_^)
~wassalam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...