Wednesday, June 29, 2011

KALAU INI KIFARAH DOSA, AKU REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingin saya berkongsi cerita dengan rakan2 semua. Sebenarnya hari ini saya tak pergi ke kuliah, satu pun.
Sepanjang hari mengerang kesakitan yang teramat.http://www.emocutez.com 
Keluhan mungkin ada, secara tak saya sedar, astaghfirullah.
Namun, saya tersedar dari khilaf, tasbih terus dicapai, mohon keampunan dari Nya.
Dalam bertasbih, saya berfikir, teringat kata2 dari seorang rakan saya yang mengatakan sakit itu adalah kifarah dosa. Apa itu kifarah dosa? sya terus mencari beberapa artikel dalam internet.
Saya ingin kongsikan beberapa maklumat yang saya peroleh dari pencarian saya :

SAKIT- ANTARA PENGHAPUS DOSA & PENINGKAT DARJAT
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.
Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.
Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.
Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.

Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
http://www.emocutez.com(sumber : ILUVISLAM.COM)

Monday, June 20, 2011

SABAR YE SAYANG

Bismillah..

Untuk entry terbaru ni, aku nak kongsi sebuah kisah..yang bagi aku, sangat menyedihkan
kalau sekeliling kita sama dengan kisah ini.
Aku perkenalkan dulu watak dia. Nama diberi Free EmoticonsMunsyi (bukan nama sebenar).
Secara ringkasnya, budak ni berasal dari sebuah kampung yang, kalau orang-orang yang soleh/ah berhijrah kat sini, memang 'culture shock' ar.
Sekeliling dia, nak kata surau/masjid, masa asar ke zuhur ke, boleh nampak pak imam je dalam masjid tu. Yang lain tak tau ke mana Free Userbars , padahal orang kampung dia sangat la ramai.
nak dipendekkan cerita, Munsyi ni keluarga dia biasa2 je. Bertudung memang bertudung, tapi akak2 dia memang 'free hair'. Tu memang perkara biasa kampung tersebut.
Nak dipendekkan cerita lagi  Free Avatars ...berapa kali pendek dah...
Setelah setahun dia menyambung pengajian ke Kedah, dalam bidang agama, dia kembali ke kampung dengan pakaian muslimah nya.
Bertudung labuh, berbaju labuh dan memang sejuk dipandang mata.

Kalau dah kat kampung, memang kerja dia menolong mak  dan ayah dia kat gerai makan. jadi 'waiter'.
Walaupun dia perasan orang sekeliling melihat dia seperti melihat 'jelmaan' ape ntah, tapi dia tak kisah, asalkan tak kacau orang. Dia suka dengan penampilan dia sekarang.
Namun, yang menyedihkan, ada segelintir mulut orang yang sangat terkesan di hati nya.
Pernah sekali dia ambil pesanan dari seorang pakcik ni, tapi dia kurang dengar pesanan pakcik tersebut, lalu orang kat meja hadapan kata, "tu la, pakai tudung, mane nak dengar"
tersentap hati Munsyi mendengarnya. Salahkah aku pakai tudung, Hati Munsyi bicara sendiri.
Munsyi menjawab dalam hati ' kalau pakai tudung menyebabkan aku pekak, & xpakai tudung lebih jelas pendengaran, aku lebih rela pakai tudung!'
Kadang2 ada segelintir orang kampung yang sering membandingkan Munsyi dengan kakak2 dia.
Ada suara yang kata "kau ni anak ayah ko ke?kenapa ko pakai tudung, yang lain tak?"
Munsyi hanya mampu beristighfar dalam hati.Allah ada di sisi.
Sampai ada jugak dia dengar "ni anak angkat ayah dia, kena buang, pastu ayah dia kutip"
hanya tangisanFree Emoticons yang mampu melegakan, aduan kepada Pencipta.
 Sabar ye sayang.Free Icons.kata2 dari sahabat sefikrah menjadi penguat dia untuk terus bertahan sehingga hari ini.
Aku tau, tak semua orang merasai keadaan seperti ini, tapi Allah memberi dia kekuatan untuk menghadapinya & insyaallah, Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya..Amiin...



Sunday, June 12, 2011

DIRIKU BUNGA YANG BAGAIMANA?~


Petang semalam terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?


Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku BUNGA idaman para mujahid...Bunga idaman AGAMA! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam



~perkongsian dari kak siti fatimah~

Thursday, June 9, 2011

CINTA OH CINTA

Bismillah..

http://www.emocutez.com
Bila kita dengar je pasal cinta, majoriti pasti akan bayangkan
cinta antara lelaki dan perempuan.
Semestinya~~ cinta oh cinta.
tapi aku suka nak bahaskan cinta antara suami dan isteri
cinta halal dan moga diberkati Allah

siapa kata cinta antara suami isteri x seromantik cinta pasangan 'couple'???

aku x la ada pengalaman nak cerita pasal orang yang dah berkahwin
tapi ini hanyalah pandangan dari diri
cinta suami isteri x boleh dibayangkan dengan
kata-kata keindahannya..
dan semestinya cinta suami isteri labih sejati dari yang lain
cinta sebelum kahwin belum dapat menjanjikan apa2 kepada kita
namun, bagi siapa2 yang pernah bercinta sebelum kahwin
cuba untuk menyerahkan cinta anda kepada pasangan anda
kesian kepada isteri / suami anda
sebab mereka menerima cinta anda setelah anda berikan cinta itu kepada yang lain

"Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu"

mungkin kata2 ini sudah begitu familiar dalam kalangan orang yang bercinta kan
 cinta oh cinta
Selangkah kita menghampiriNya seribu langkah DIA menghampiri kita. berbeza dengan cinta manusia.. semakin kita cuba menjejakinya semakin luas langkahnya meninggalkan kita.. kalau bertaut pun pasti terlerai, kalau terbina mahligai pun pasti bakal dicarinya insan kedua dan seterusnya… Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

~wassalam~

Friday, June 3, 2011

cecite cecite.....seminggu yang berbagai ragam~

~Bismillah~
29 mei 2011- pendaftaran para pelajar ke PASUM

wah~ nak cakap apa ek tentang nih..banyak je sebenarnya perkara yang berlaku
sepanjang MHS seminggu tu..
apa itu MHS??
it stand for MINGGU HALUAN SISWA
di MHS ni la kami di beritahu selok belok di PASUM
di ajar untuk bertindak pantas dalam setiap pergerakan
selain tu, antara lain nya, kami gak ada riadah bersama PP
PP?? PP tu bukan pipi di muka
PP tu stand for pembantu pelajar
diorang la yang handle kitorg punya MHS
1st day tuh, memang penat gileww kot
abis je pendaftaran, trus berbaris untuk permulaan MHS
sape yang sempat bersalaman dengan mak ayah tu sempatlah
sape yang x, xbole bayang rasa sedih nyerr
nasib mak ayah aku x ikut..hehe ^^

nak diteruskan cite..
mas riadah ni memang faveret kebanyakan budak ar
kenapakah??
sebab kat sini la para PP ajar kitorang pelbagai tarian
mula dari doraemon, ultraman, si sua sua, baby, dsb
pas tu ada sub2 kolej
sub sakit paha, sub who say, sub title....
yang title tu xbetul ekh, gurauan semata-mata
sebenarnya, dari hati..
memang sangat malu bila disuruh buat benda2 tu
tapi bila fikir2 balik
ni la kehidupan universiti
kadang2 kita kena lalui semua ini
baru permulaan..
xtau lagi benda selepas ini, wallahu 'alam

apa2 pun, kami sangat berterima kasih la pada PP ni
sebab diorang dah ajar banyak benda
haa..lupa nak cita
kitorang gak jumpa ustaz hasrizal..
suke suki =))
memang masa tu jiwa rasa sangat terisi
dan masa slot disiplin pun aku suka
memang la diorang marah, nanti kalau xmarah, kita jadi manja
aku pernah je kena lebih teruk dari tu

sekarang MHS pun dah abis
beberapa jam lagi kami akan jumpa subjek2 sains
berdebar2 rasanya,hehe
xboleh bayang jadual pack
xde masa nak ngadap lappy kot(rasanya la)
ok..4 all students PASuM n apiDs..
struggle hard 4 last 2 sem..
hope all of us get an excellent brilliant result
insyaallah~ ~

tQ! bye..wsalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...