Monday, October 25, 2010

Hati Gersang!

salam alayk..
kepada mereka yg sedang bermujahidah..
kpd mereka yg sedang giat berjuang di jln Allah..
kpd merekayg senantiasa haus dgn tarbiyyah agama Allah..
kpd mereka yg sama2 mencari redha Allah..barokallahu alaikum..

~aku hanya insan yang lemah, masih lagi terumbang ambing mencari redha Ilahi. Ya Allah, bantu lah hambamu ini dalam perjuangan nya, mantapkan iman hambamu ini ketika dia lemah dan tak berdaya. La haula walaa quwwata illa billah..tiada kekuatan dayaku melainkan dengan  Allah. Tika ini aku sangat mengharapkan petunjuk dan kekuatan dari Mu ya Allah, supaya aku tidak terus rebah apabila tersungkur dalam menyampaikan dakwahku..tiada lah dayaku melainkan dengan Mu ya Allah. Kau tetapkanlah hatiku dgn sebaik baik iman para mujahidah. tetapkan hatiku ya Allah (amiin ya robb)..ingin sekali aku menjadi seorang mujahidah yang senantiasa bertasbih memuji Mu ya Allah, senantiasa menginginkan untuk berada di bawah lembayung rahmat Mu ya Allah, dan dampingkan lah aku dengan pencintaMu ya Allah,yg akan sentiasa mengingatkan diriku utk selalu mendekatiMu ya Allah, membawaku utk sama2 menjadi ahli syurga ya Allah..~dengarlah rintihan hati mujahidahMu ini ya Allah..sesungguhnya hatiku masih gersang dan sgt menginginkan kasih syg Mu ya Allah~sampaikanlah salamku pada junjungan besar Nabi Muhammad,karna aku sgt mengasihinya,sampaikanlah rindu dan cintaku kepadanya..sollah ala rasul!..wallahualam

mariposa

Thursday, October 14, 2010

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Monday, October 11, 2010

RINDU RASULULLAH TERHADAP KITA

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu...subhanallah..
~mariposa~

ADAM HAWA

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

j\JIKA AKU JATUH CINTA...

sesungguhnya aku hanya insan yang lemah, namun tetap menginginkan yang terbaik dari Mu..
dan aku mensyukuri setiap pemberianMu ya Allah..kerana aku yakin sebalik sesuatu ada hikmahnya...
insyaAllah.....

mariposa chan

Wednesday, October 6, 2010

Ruang Rindu

Assalamualaikum....
aduss,lama x jengok ruang rindu neh...cukup je la kenal aku sebagai mariposa chan,hehe.. ala,yang dalam citer barbie tu la...biasalah, kata orang,hidup nie, biar sempoi asal x lari dari landasan agama...bak kata prof aku tu, iman dan Islam ni wajib dalam diri kita..iman + Islam = sempurna,insyaAllah.. keindahan Islam ni adalah undefined, x dapat kita jangkakan...
aduss,sepanjangx bukak ruang rindu ni, banyak je perkara yang kita x dapat expect berlaku kan.. mula dari balik raya..huhu..biasa la kan, hidup perantauan..kalau dah dapat balik tu,memeang excited tahap cipan la, rasa macam jumpa mutiara besar dekat pantai Tanjung Kembang jer,haha...peribahasa x diiktiraf jer..malah lebih dari tu la rasanya...hanya Allah dan aku sendiri yang tahu..
lepas raya, ada exam final..haa, masok bab exam ni la kau payah sikit..kena dok menghadap buku,sampai masok dalam hati buku la, sekadar nak menyelami kandungan isi buku tu ha..huhu...terok punya study..tu baru hard giler..dah seminggu exam kan, dapat pulak berita dari kampung, innalillah, nenek meninggal...masa tu, x taula apa perasaan aku..habis jer solat subuh,dok ngelamun kejap, rasa basah pulak pipi...baru aku rasa kehilangan sangat2...sedih tau..ni pun rasa nak nangis ag ni..huhu...memang la, fresh lagi berita tu...dalam kesedihan aku tu, datang teguran Allah melalui wasilah kawan yang satu kolej dengan aku tu..katanya, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya, juz kita yang x tau bila dan dimana, sebab semua nya sudah tertulis di luh mahfuz..Allahu akbar..dalam diam aku mengakui kebenaran tersebut....

wallahu alam,
mariposa chan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...