Tuesday, December 21, 2010

~ HIKMAH ~


Bismillahirrahmanirrahim…
Ni nak cerita sikit. Sekarang ni sy tengah menghadapi masalah kesakitan yg besar iaitu sakit gigi..hehe.. nak diceritakan sakit gigi ni memang la tersangat la sakit sebab gigi2 kita ni bersambung dengan urat badan, betul tak??  Dengan rasa yang amat tertahankan tu, sy mohon kat Allah, agar dikurangkan rasa sakit tersebut. Ditakdirkan satu malam tu,sy xdpt tidur sebab gigi sy buat ‘hal’..sy ambil keputusan,nk solat sekejap.. sy solat 2 rakaat, selesai saja solat, tiba2 ter’ilham’ di kepala  sy agar  mengalunkan tasbih Fatimah. Tau x apa tu tasbih Fatimah? Tasbih Fatimah tu adalah, ~subhanallah~..~alhamdulillah~..~allahuakbar~.. setelah itu,sy beristighfar sekejap, dan masa nak tidur, sy alunkan tasbih Fatimah. Alhamdulillah,kuasa Allah, siapa tau. Biiznillah, sakit gigi sy berkurangan. Point ny kat sini, bukan nk gtau sy ni rajin solat,x..bukan nak tunjuk apa, sy sengaja nak kongsikan dengan kawan2 sume,nk kawan2 ambil iktibar dari setiap apa yang berlaku, bahawa setiap masalah yg berlaku terhadap kita, xkiralah sakit ke, masalah lain ke, kita rujuk dekat Pencipta kita yang aula,Insyaallah, Allah akan bagi jalan yang mudah. Satu lagi, nak cakap bahawa setiap peraturan ataupun setiap apa yg Allah bagi,contohnya solat, puasa zikir dll ada hikmah nya yg tersendiri jika kita perhatikan betul2. Insyaallah, yakinlah dengan Allah kawan2. Dia tak membuat sesuatu dengan sia-sia melainkan ada hikmahnya yg tersendiri. Allahua’lam. 


Wednesday, December 15, 2010

UNTUKMU WANITA..

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.

Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Monday, December 13, 2010

KEKASIH HATI

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu



Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Friday, December 10, 2010

cinta seorang gadis kepada Allah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI..

Mungkin kita pernah mendengar nama Rabiatul Adawiyah.. byk je  budak nama tu, tapi kat sini saya maksudkan Rabiatul Adawiyah, pejuang sufi dan pencinta Allah yang tiada lain di hatinya melainkan Allah..subhanallah..
masa saya tingkatan 1, saya membaca satu buku, tajuknya, 'cinta seorang gadis kepada Allah'.. pada mulanya saya fikir buku tu berkonsepkan tazkirah..saya,kalau nak baca buku, saya akan baca kat tengah2 buku tu..saya pun baca kat tengah2.. subhanallah, kisahnya sangat menarik..kisah Rabiatu Adawiyah yang mengabdikan cintanya hanya kepada Allah..sejak itu beliau menjadi idola saya, selepas Rasulullah..
Antara kata2 beliau yang sangat menyentuh segenap hati saya :
~masa tu, Rabiah terfikir untuk berkahwin, tapi dia berfikir semula..'sekiranya aku berkahwin, pasti cinta ku kepada Allah akan dibahagi untuk suami ku jua. tidak mungkin aku dapat membahagikan cinta ku kepada orang lain melainkan Allah'..setelah itu dia bernekad untuk tidak kahwin sehingga akhir hayatnya..
~Rabiah juga sangat tidak menyenangi manusia yang beribadah kepada Allah kerana inginkan syurganya dan takut pada nerakanya..dalam tidur, Rabiah berdoa 'Ya Allah, sekiranya aku menyembahMu kerana takut pada neraka, bakarlah aku di dalam neraka..sekiranya aku menyembahMu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga..namun sekiranya aku menyembahMu semata-mata demiMu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu yang abadi kepadaku..'
~pada suatu hari,sewaktu Rabiah sedang beribadah,tiba-tiba pelayannya berseru dengan lantang, "keluarlah ke sini dan saksikanlah apa yang dilakukan oleh Sang Pencipta!" mungkin pelayannya melihat pemandangan alam yang indah dan mahu mengajak Rabiah sama-sama melihatnya, namun Rabiah enggan keluar, sebaliknya beliau membalas, "lebih baik kamu yang masuk ke maridan saksikanlah Sang Pencipta itu sendiri. saya begitu asyik menatap Sang Pencipta sehingga saya tak peduli lagi akan ciptaan-ciptaannya"..

subhanallah..persoalannya di sini, mampukah kita menjadi seorang Rabiah yang sangat mencintai Penciptanya??..tepuk dada tanya iman..
"Ya Allah, jadikanlah diriku seindah Rabiatul Adawiyah yang dapat merasakan cintanya kepadaMu..tanamkan dalam hatiku rasa cinta yang mendalam ya Allah..ameen ya robb"

Wednesday, December 1, 2010

LIMA SYARAT BERBUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

kisahku...

~mengapa aku memilih untuk bertudung labuh~
kalau sesiapa yang mengenali aku dahulu pasti x menyangka sekarang ini adalah aku. mengapa? aku dulu lain. sekarang dah bertudung labuh,pasti ada yang menyangka aku ni sekarang dah alim. bukan tudung labuh yang memutuskan ke'aliman' seseorang, tp amalan diorg. bukan luaran jd ukuran, tp dalaman. kenapa aku lebih memilih untuk bertudung labuh. sebab aku nak jadikan tudung labuh tu sebagai imej aku. ini lah permulaan perubahan seorang insan yang dahagakan tarbiyah Islam,percayalah.. kalau sesiapa yg pernah pergi ke kampung aku, xhairan la kalau diorang anggap aku ni orang terasing, dan aku suka jadi org yang terasing. ingat x pepatah ni..Islam datang dalam keadaan asing, dan akan kembali dalam keadaan yg asing, maka beruntung la kamu wahai orang terasing. mungkin itu bukan sahaja tertuju kepada aku, malah ramai lagi orang di luar sana. jadilah diri kita dengan imej kita, bukan seperti org lain selagi ia berlandaskan kebenaran Islam. aku yakin ramai yang ingin menjadi seorang mujahidah, tp rasa malu, kerana dianggap kolot masih menebal dalam diri mereka. buang lah perasaan itu jauh2..ingatlah, kita telah berjanji dengan Allah supaya menjadi khalifah dalam dunia ini..xmampu untuk golongan ramai, jadi lah dalam golongan yang sedikit..moga diberi petunjuk oleh Allah..
ayuhh mujahidah..tingkatkan keyakinanmu, tegakkan panji Islam dalam kalanganmu..
~ moga kita dikuatkan iman dalam usaha meneruskan tugas seorang khalifah~

renungan bersama wanitaku.....

Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Menolak ajakan kita untuk keluar.
  • Tidak selalu mengadu kesedihannya.
  • Cemburu pada tempatnya.
  • Mengajak kita untuk bertahajud.
  • Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
  • Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
  • Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
  • Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.
Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
  • Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
  • Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
  • Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
  • Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
  • Mengajak kita membuat dosa.
  • Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
  •  
  • Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari. 

Bolehkah Perigi Mencari Timba? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bolehkah Perigi Mencari Timba? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...