Sunday, July 26, 2015

Cheesekut Aimilicious

Sejak kebelakangan ni ramai yang tanya resepi Cheesekut yang saya jual. Okay, here it is!

Bahan-bahan:

250g cream cheese
1/2 tin susu manis (kalau nak manis lagi, bole tambah)
1 botol susu segar (untuk celupkan biskut)
Biskut Saltcheese, kalau ada
Biskut Marie Coffee (untuk pelbagaikan rasa)


Cara-caranya:

Mixkan cream cheese dengan susu manis sehingga sebati dan tak berketul-ketul. Guna mixer boleh, nak guna pemukul telur tu pun boleh, tapi penat sikit. Done!

Celupkan biskut saltcheese dalam susu segar, susun dalam bekas. Lapiskan dengan krim cheese tadi. Celupkan biskut marie coffee, kemudian susun atas krim cheese. Selang selikan biskut dengan krim cheese. Lepas settle semua, simpankan cheesekut yang dah siap dalam peti untuk beberapa jam. Dan biskut tu, boleh je guna biskut lain, ikut citarasa masing2. Hokey? Harap boleh faham step. Kalau tak faham, boleh tanya.

Good Luck!

kek coklat vs kek cheese- late post

Bismillahirrahmanirrahiim..

assalamualaikum semua! hari ni, sy nak kongsi pengalaman sy buat kek ^_^
pada 18/2 yang lepas, sy balik ke rumah kwn sy Khadijah, di Sungai Buloh. niat nya, nak buat kek coklat utk roomate sy, Izzah. konon ny, nak suprise la kan. sy g rumah dia hari jumaat, pastu kitorg plan esok ny, nk buat kek cheese, saje2, sebagai makanan sendiri.hehe. so esok nya, kitorang pun buat la. ni resepi kek cheese yg kitorg cilok dr web sape ntah, nasib baik menjadi,huhu.
boleh try =) :

Cheese cake
Bahan-bahan

2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum

Cara-cara

Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan
2. Satu cawan majerin yang dicarikan.. gaul sebati n tekan kat dasar loyang as tapak atau swiss roll..potong dan susun dalam loyang..

Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik..kemudian pukul(leh guna mixer or blender)
4. masukkan susu..dan pukul lagi
5.dah sebati..masukkan telur sikit2..
6. masukkan tepung..
7. klu suka..leh masukkan coklat cip@ coklat rice..
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut@kek tadi..utk hiasan boleh laa taburkan kepingan badam atau swirl kan coklat cair kat atas..
7.sedia utk di bakar...lebih kurang 45 minit..tapi cucuklaa ngan cake tester or lidi utk pastikan dia dah masak..(dah tak melekat kat lidi tu masak dahlaa)

ni kek cheese kitorang. 1st trial ok.
ni 1st trial kitorang. seriously sedap! sangat! haha, bukan nak puji masakan sendiri, tp hakikat nya memang sedap, alhamdulillah. dengan izin Allah kan. boleh la try kat rumah, simple jer =)

Diari Budak Praktikal

Fuh fuh fuh!! Tiup-tiup habuk. Bersihkan sesawang belog yang lama tidur. Mungkin sebab penulisnya pun lama tertidur, dan baru terjaga dari mimpi yang lena. Dah macam lirik lagu Ella.

27 Julai - Masuk hari ni, sudah 2 minggu 3 hari aku praktikal di Pertubuhan Peladang Kebangsaan, spesifically, Dana Peladang Kebangsaan (DPK). Dan masuk hari ni jugak, masih blur dengan system DPK ni, mungkin perlukan brainwash sikit bagi segar kepala hotak yang dah tepu ni. Huii, pikirannya ke sana je kan. Alhamdulillah, orangnya baik2 belaka dan boss dia sporting habis cuma jangan bagi dia hangin, kalau tak dengan kau sekali berasap, muehehe.

Serius kata, tempat yang aku dapat ni bukanlah priority dalam list yang aku nak, tapi kau tahu, Allah punya priority list lagi advance dari list kita. Setelah berkira-kira, hamper 3 permohonan aku ditolak sebab dah penuh. Mostly yang ditolak semuanya bertempat di Sarawak. Memang kan memang,hmm. At last dapat kat KL. Selepas aku terima tawaran DPK ni, aku dapat jugak panggilan daripada syarikat kewangan Islam yang lain, but then I refused. Gitu, bahasa omputeh.

Secara overall, kerja kat sini memang perlukan ilmu yang cukup di dada kalau tak nak kena tempelak dengan boss. But at the same time, our Boss just not an instruction giver, but he is a leader. We worked, but at the same time we learned. Oh, I'm being so grateful. Ok enough with Omputeh Languange. :)

Okay, fi hifzillah, fi amanillah :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...