Wednesday, October 31, 2012

Ketidaksabaran~

Assalamualaikum & selamat bertengah malam

masa aku tulis ni tgh malam, selepas usai menyiapkan kerja diamanahkan drpd yg atas, selesai jugak berpeningan melihat nombor yg aku rindui selalu, mulalah merepek sebegini..

esok adalah hari yg paling memenatkan. berhadapan dgn dua kelas yg penuh dengan pembentangan ilmu dr kalangan warga uni malaya, jugak english tercinta mengambil masa 3 jam utk diluangkan bersama.
tapi tidak apa, sebab esok juga aku akan berlalu ke jalan tar untuk menemui puteri tercinta, my sis! saat yg aku tunggu2 dalam minggu ni, menghitung hari kot~hehe..
doakan semuanya berjalan lancar and dipermudahkan. smoga warga pembentang esok memberi semaksimum mungkin yg korang dapat drpd hasil kajian anda, moga kami yg mendengar pun mendapat kefahaman yg sama walaupun sedikit..

sekian sahaja.. Tammat!

Saturday, October 27, 2012

Cemburu dgn Mereka

Assalamualaikum, salam perjuangan..

Istiqamah.

Simple, tapi tak semua mampu mempraktikkan sepatah ayat tersebut. (termasuk aku)..
kenapa aku rasa setiap apa yg aku buat, tidak ada istiqamah dalam nya.. dalam aku pakai tudung labuh, terselit jugak masa aku pakai tudung biasa. namun dalam kebiasaan aku memakai tudung yg biasa2, aku selalu rindu utk memakai pakaian yg sebenar2 pakaian (harap faham maksudnya)
namun, aku selalu mempertikaikan pandangan org, walaupun aku tau pandangan org tu tak ada nilainya dibandingkan pandangan Allah. mybe aku insan yg lemah, xmampu melawan nafsu yg selalu berbisik "cubalah utk bergaya sekali sekala" .. aku yg selalu kalah.

"Dan ketika syaitan mencantikkan bagi mereka perbuatan mereka, dan dia berkata, 'Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu." 
(Surah Al-Anfaal ayat 48)


Aku cemburu dgn mereka yang bertungkus lumus utk bangun malam dek kerana dosa yg xsetimbang dgn amalan kebaikan, padahal aku lebih berdosa drpd mereka, namun aku tidak mampu buat sebegitu. apakah mungkin kerana hatiku yg telah kotor, belum digilap dengan sempurna? tepuk dada tanya amalan

Aku juga cemburu dengan mereka yg istiqamah membaca al-Quran selepas menundukkan diri kepada Allah dek kerana takut hilangnya peringatan Allah dalam dirinya, namun aku bukanlah Hafidzah, yg tidak istiqamah melakukan semua itu

Aku juga cemburu dengan mereka yg tidak mempedulikan pandangan dunia moden, berpakaian muslimah, sempurna menutup tubuhnya, tanpa sedikit pun goyah dengan fesyen duniawi, namun kenapa aku yg kalah dgn nafsu duniawi, walhal jauh dr lubuk hatiku menginginkan diriku menjadi spt mereka....

Apalah dayaku melawan nafsu sendiri tanpa kekuatan daripada Allah, tapi apa juga usaha yg telah aku lakukan utk mendapatkan kekuatan itu, sungguh aku lemah, xsedar diri adalah hamba..pathetic..!

*hamba yg selalu kekeliruan*
ampunkan daku ya Allah



Moga ada Sang Soleh utk dia..

Assalamualaikum warga pencinta ilmu..

Inshaallah, aku nak share sebuah kisah, kisah benar....

start~ ada seorang hamba Allah, yg sgt ingin berkahwin.. dia adalah puteri daripada seorang ayah yg keturunan biasa2 sahaja, taraf keluarga yg sederhana, kefahaman Islam pun hanya sekadar bawah drpd 'basic'. Namun, atas kesibukan dia bekerja, dia tidak tahu bagaimana utk mencari sang soleh. walaupun dia tidak pernah memberitahu dgn org lain bahawa dlm hatinya menginginkan sang soleh, tapi perwatakannya menggambarkan sebegitu. detailnya, dia berumur 24-26, maaf, aku tak nak bg yg spesifik.. dia biasa2 shj, yg menginginkan pemimpin yg luar biasa. honestly, kefahaman agama dia cetek, tp kalau diasah, inshaallah, dia mampu menjadi seorang yang luar biasa. apa yg diinginkan, seorang hamba Allah, yg mampu menerima apa adanya dia, mampu menerima keseluruhan keluarganya, & mampu bersabar dalam membimbing dia ke jalan yg benar. dia tidak pernah memberitahu aku, utk dicarikan seseorg utknya, tp aku sgt memahami kehendak dia. moga ada sang soleh yg menginginkan hamba Allah yg dhoif ini, aku sgt menyayanginya, & tak nak dia dipimpin oleh org yg tidak mengajak dia ke jalan yg benar. 

~moga ada Sang Soleh utk dia~


MUSLIMAH KAH AKU???

Assalamualaikum..w.b.t..
Apa khabar saudara/i 2 seagama sume nya.. Moga iman kita makin bertambah dari hari ke hari. Insyaallah~
Muslimah kah aku? Kadang2 aku pun keliru dengan diri sendiri.
Entah siapa yang memahami.
Aku pernah terbaca dalam satu artikel, sumber halaqah.net.
Antara ciri2 muslimah sejati ialah :

1 Mencintai Allah dan Rasul
- cintakah aku pada pencipta ku?
- cintakah aku pada rasul ku?
- sudah semestinya. siapa yang x mencintai penciptanya?hanya orang2 yg kurang kesedaran
tapi sejauh manakah aku menunjukkan rasa cinta ku kepada Allah?
xcukup hanya dengan kata2.
aku harus menolong agamaNya..tapi aku tak berdaya ya Allah.
sesungguhnya Kau lebih mengetahui isi hatiku
Kau lebihmengetahui dayaku ya Allah. bantulah aku.
kuatkan hati hambaMu yang x berdaya ini.
bagaimana dengan rasulku?
Allah lebih mengetahui dalamnya rasa cintaku kepada Nabi Muhammad saw.
baginda yang memperjuangkan Islam
sehingga hari ini aku merasai nikmat Islam.
terima kasih rasulku tercinta,
sungguh, aku sangat merinduimu.

2. Mentaati Ibu Bapa
- siapalah aku tanpa kedua ibu bapaku.
yang memberi ku keselesaan, didikan Islami..
terima kasih ibuku, terima kasih ayahku.
sejauh mana  mentaati kedua mereka??
ya Allah, ampunkan dosaku..
aku banyak menyakiti hati mereka tanpa ku sedar
berdosanya aku membuatkan mereka menangis.
berilah keampunan untuk kedua mereka ya Allah.
Amiin ya robb~


3. Menjaga faraj
- sentiasa berusaha menjaga diri dari kelalaian dunia
"menjagakah aku?"
- tutuplah auratmu wahai kaum wanita
"sempurnakah penutupan auratku?"
- jaga ikhtilat mu
"bagaimana ikhtilatku? sejauh mana aku menjaganya?"
hanya Allah yang Maha Mengetahui

* muslimahkah aku? muhasabah diri bersama *





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...