Wednesday, March 30, 2011

Aku Ada Kembar ke??

Bismillah...

     Aku nak citer sikit sal kembar yang aku jumpa kat SMK ASAS (stand for SMK Agama Sri Aman Saratok).

                                                                   (ni la sekolah aku)

Nama dia Siti Aishah, aku panggil ecah je la. First time aku jumpa dia ni masa Tingkatan 1, kat sekolah tu la. Aku tengok dia ni memang pendiam giler ar. Pernah sekali aku menyampuk, nak dengar suara dia, masa tu ada kawan aku tanya dia Bahasa Arab, tapi memang tak dengar sangat (suara dia memang kecik kot). Tapi tak apa, aku saja je masa tu. Tak kenal pun dia, sebab dia kelas sebelah.

    Masa aku Tingkatan 3, aku dan Ecah ni sama kelas. Tak tau la camane boleh berkawan. (maaf ye, tak ingat sangat). Tapi yang pasti mula dari Tingkatan 3 la aku start berkawan dengan Ecah ni.
    Aku rapat dengan dia sampai Tingkatan 5. Budak2 kat sana biasa panggil kitorang "kembar tapi tak serupa", badan je sama saiz. Apa2pun aku memang suka kongsi minat aku kat dia. Segala cerita aku dia tau (ada gak la yang kena rahsiakan).
    Yang paling aku tak boleh lupa , masa dalam makmal kimia. Masa tu Form 5 lagi,  aku dengan ecah duduk paling depan, dekat je dengan meja cikgu. Kami berdua jarang duduk sama, dalam kelas pun tak. Dalam makmal Kimia la paling dekat. Biasalah kalau dah dekat tu, mula la mulut nak mengorak langkah. Memang tak berhenti ceritanya dari A sampai Z. Sampai 2 3 kali kawan aku yang lain tegur, senyap~ pas tu mula balik. Aku pun tak paham. Dia suka gelak je kalau aku cakap, memang la bising (takla bising mana pun).
     Kesinambungan dari cerita di atas, masa dapat rizal SPM, Ecah lagi gempak dari aku (xyah cakap la brapa).  Tapi, satu je yang kami sama..CECUbe tekA??

Semestinya Kimia. Kurang memuaskan la gred kami. Yang tak bole bla nya, boleh pulak dia salahkan aku, huhu. Tapi aku tau dia gurau. Aku pun salahkan dia balik.
 " yang kau gelak masa aku cakap napa? Memang la aku asyik bercakap dibuatnya, hehe."
 Aku buat sengih kambing. Dia pun gelak jer. Tak apa la Ecah, yang berlalu biarkan berlalu. Yang akan datang jangan pulak buat benda yang sama, okey? ~Piece No War~
                                                                   friends forever

Sume Adik Aku Sapu Habis...("^^)

Bismillah...

Nak diceritakan..Alkisah, ada sorang kawan aku nih, nama dia Fafa (identiti sebenar dirahsiakan).. Memang dia ni diciptakan suka bercerita, dari kisah diri sendiri sampai luar dari diri sendiri. Baru2 nih, lepas SPM diumumkan secara rasminya seluruh Malaysia, si Fafa ni memang semangat bagitau kami..
" berapa ek rizal adek aku. Susahnya hati aku ni, dia tu bukan pandai sangat (amboi, kutuk adik nampak!)"


Kami yang dok tengok dia tak berenti bercakap dari tadi memang pening siih. Sampai aku pun tak sabar nak dengar rizal adik dia.
"doh2 la tu. Nanti, apapun dia dapat, memang rezeki dia."
ha ha..apabila kawan aku bersuara. Tu dia, mai dah, mai dah. Fafa terus senyap~~



**************************
2 hari kemudian~

Fafa dok sengih2 ngadap lappy dia dari pagi tadi. Apa yang dia dok sengihkan pun aku tak tau. Pastu dia gelak2. Memang sah budak ni, kena gak jumpa yang 'pakar'.
"ko gelak depan lappy tu nape Fa??"
(buat muka plek)
"ni ha..aku tanya akak aku, adik aku dapat brapa. haha.."
x abis lagi gelak dia. " aku dah agak daa, adek aku memang power."
Aikk?? semalam cakap adik dia x berapa pandai. Memang la Fafa ni, suka merendahkan kemampuan adik sendiri. (ecehh~~)
" Kau ni.... Tu la, adik ko memang pandai, ko tu je yang pandang rendah kat dia."
Fafa hanya tersengih, macam kerang yang dah lama busuk.

"adik ko dapat berapa?"

..."Sume adek aku sapu habis, dari A sampai G." ("^^)

Apakah???.....

aku bukan mek kelate noo..

Bismillah..

Pagi yang dah dekat-dekat nak tengah ari, aku pergi la kluar dengan kengkawan. Niatnya nak borong banyak2 baju, bawak balik sarawak tu haa. Maklumla, barang kat sana lagi mahal atas asbab nak tanggung kos flight lagi kan. Boleh diterima gak alasan tu, tapi tak apa la. Balik kepada nak gi Kota Bharu tadi, memang sepanjang perjalanan ke Kota Bharu tu, macam2 ragam orang yang kami jumpa. Mula dengan pak cik teksi. Sejak aku kat Kelantan nih, memang biasa sangat dah jumpe yang namanya 'traffic jam'. Mungkin sebab penduduk ramai kot. Tengah dalam teksi tu, pak cik teksi memang dok berenti citer sal anak dia, macam muka India katanya. Antara dialog yang bole aku rakam :
" anok pok cik, kalu tengok muko memey mace ore hindustan. kalu mok dio ajok dio kluar kei, dio ambik maskara mok dio, dok berjangok depe cermin. Nok jadi ponde ko gapo budok tu. aih, berak budok2 nih.."
(sekadar gambar hiasan, bukan gini arr)


Nasib baik aku ni cepat faham loghat orang, tak la nampak sangat macam muka tunggul, dok dengar jo, tapi dok pehe gapo. Aih!!berat...
Pak cik tu gelak, kami pun gelak samo deh..

********************
Sampai2 Kota Bharu, aku dan kengkawan aku terus ke Pasar Khadijah. Sapa2 yang ada gi Kelantan, memang rugi kalu tak gi Pasa Khadijah.



Kenapa????
~murah siih~..boleh borong banyok la kalu duit RM100 pun. Aku jengok2 dompet aku, tak la banyak mano pun duit, tapi boleh la beli barang untuk mak apak kat Sarawak.
Jalan punya jalan, setelah sesat berpusing-pusing dalam pasar tu, akhirnya kami jumpa kedai yang boleh katakan murah dari yang lain, kalu bab t-shirt2 nih.

Tengah kengkawan aku syok2 pilih, aku gi la merayau dekat2 situ gak (x berani den nak gi jauh, sesat kang), carik blouse untuk ibu. Dok belek2, ada sorang mok cik ni tegur.
"Kak long nok gapo ni? nok baju ko kain.."
ni yang aku takut ni. makcik2 kat sini sumo ramah belako. Nak tarik pelanggan kena ada skill.
" eh, dok. Nok carik baju utk mok."
" Nok baju untuk mok lo ni. kalu hok ni pun mok2 suko kaklong." sambil promote baju2 kat kedai dia.
" eh, xpo lo makcik, mok kecik jo."
" Hok kecik pun ado kaklong, xpo.. boleh pilih.."
Tengah2 pilih tu, makcik tu tanya..
" dok mano ni kak long, maaf la, mokcik panggil kaklong jo, tak tau nok panggil gapo kei."
Aku senyum je. Dalam hati, 'tak apa makcik'.huhu
"saya dudok sarawak mokcik."
Makcik tu buat muka terkejut.
" mokcik ingok kei, ore bachok, bunyi kecek bachok."
makcik tu gelak2 kat aku, aku gelak2 gak ar..kita kena raikan =)

~memang aku bukan orang Kelantan, tapi mengenangkan aku ni duduk kat negeri ore, rugi kalu tak belajar bahasa ore. Orang pun suka kalu kita pandai cakap diorang..
btoi kei ore klate....."kalu sokong angkat tangan macam saye ye"



~~~that's all kali ni~~

Sunday, March 20, 2011

luahan......

Sungguh..
Perjuanganku mengelirukan ya Allah..
Aku bingung..keliru..
Awalnya, ke Nilam puri adalah impianku..
Kerana aku hanya punya satu matlamat..hanya satu..
Aku x terfikir pun untuk bersungguh dalam belajar, padahal bagi semua orang..
Itu adalah matlamat utama..
Tapi bagi aku, aku ke sini hanya untuk meninggikan ilmuku dalam bidang agama..
Kerana dengan satu visi, mengubah kehidupan keluargaku ke jalan yang diredhai Allah..
Tak lain daripada itu..
Tapi..sampai di sini, aku didedahkan pelbagai cara dalam dakwah..
Tapi..ada yang menyatakan padaku, dakwah ini cukup dalam kolej sahaja dulu..
Belum masanya untuk orang luar..
Hatiku meronta, orang luar tu bukan orang lain, tapi ahli darah dagingku sendiri..
Aku terus hilang semangat..dalam dakwah, juga mencari redha Allah..
Ya Allah, bantulah hambaMu yang zalim lagi hina ini………..

Friday, March 18, 2011

x Dapat Diselamatkan daa..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
dengan izinnya, aku mencoret satu pengalaman yang amat berkesan di hatiku. Peristiwa nya berlaku selepas saja kelas Maths berakhir. Seperti biasa,pelajar NP akan keluar ke kedai makan seberang jalan, biasalah, bila perut mula berteriak.(^^)..Dengan takdir Allah, hujan yang tadinya lebat, mulai reda, dan ini memudahkan pergerakan kami keluar, memandangkan kantin pun tak buka, mau x mau, kami kena keluar jugak. Alhamdulillah, keadaan mengizinkan. Sebaik saja selamat melintas jalan, seorang daripada kawan aku terdengar suara anak kucing menjerit, seolah2 meminta tolong. Cari punya cari, seekor anak kucing tenggelam separuh badan dalam longkang yang agak besar. Aku membuat andaian, mungkin kucing tu jatuh masa hujan lebat tadi. Dengan rasa penuh belas kasihan, rakan2 aku berusaha untuk menyelamatkan kucing tu, walaupun secara kasarnya, agak mustahil. Tapi kami percaya dengan janji Allah dalam Surah al-Asr, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Kemunculan 3 orang pak cik memberi harapan kepada kami,yang mereka boleh tolong kami selamatkan anak kucing tersebut. Namun, jauh panggang dari api. Hanya dengan mata, tanpa usaha sedikit pun, pak cik tu boleh rasakan, anak kucing tu memang xboleh diselamatkan.

MANUSIA!!!JAUHKAN DIRIMU DARI SIKAP X BERTIMBANG RASA.TIDAKKAH KAMU MERASA TAKUT KEPADA ALLAH.APABILA DIPERSOALKAN KEPADA KAMU,MENGAPA KAU BIARKAN MAKHLUK ALLAH TU TERSEKSA SEBELUM AKHIR HAYATNYA,PADAHAL ALLAH TELAH KURNIAKAN AKAL KEPADAMU? APA YANG KAU NAK JAWAB WAHAI MANUSIA?& TIDAK KAH KAU TERFIKIR, ADA KEMUNGKINAN DENGAN IZIN ALLAH, APABILA TIBA-TIBA AMALAN YANG KAU BAWA UNTUK TIMBANGAN DI AKHIRAT NANTI TIDAK CUKUP SATU ZARAH UNTUK MEMBAWAMU KE SYURGA,TIDAKKAH MAKHLUK ALLAH YANG KAU TOLONG AKAN MENOLONGMU DI AKHIRAT KELAK..FIKIRKANLAH WAHAI MANUSIA!

~~~setelah pakcik2 tu berlalu, kami tetap x patah semangat, salah seorang daripada kami mnggunakan payung untuk mencapai kucing tersebut,namun masih x berjaya. Kami tetap mencuba, bersenjatakan dua payung, kami akhirnya berjaya menyelamatkan kucing tersebut.Alhamdulillah,segala puji hanya untuk Allah. Buat sesuatu dapat sesuatu. Kami sangat2 mengambil iktibar dari peristiwa tersebut. Dan kami percaya akan setiap janji Allah itu pasti untuk hamba Nya. Insyaallah~~

Saturday, March 12, 2011

Dunia ibarat sebuah kapal layar

Dunia ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman, iaitu akhirat. Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya dari alam mana.

Ditengah-tengah pelayaran, kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama "Dunia". Di sini penumpang-penumpangnya berehat sementara bagi mencukupkan sebarang keperluan kecil dalam pelayaran seterusnya ke pelabuhan bahagia.

Rumput-rumput di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih .

Kapten kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar untuk beristirehat sambil melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada daripada mereka yang lalai apabila terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya.

Sebahagiannya patuh kepada peringatan kapten, tetapi sebahagiannya lalai dan terleka dan mendapati tempatnya dikapal itu telah diduduki orang. Sebahagian besarnya pula terus leka dan lalai bahawa pelayarannya masih jauh. Dia terpengaruh kerana terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada tempat lain lagi seindah itu.

Berkali-kali loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik ke kapal, tetapi dia membuat endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Akhirnya kapal membongkar sauhnya dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau itu.

Apabila mereka telah berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa pulau itu bukan tempat sebenar yang dituju. Disitu dia dikeliling air, dia menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi. Kapal telah semakin jauh meninggalkannya. Dia menangis dan meraung meminta diambil semula.

Orang-orang tiada lagi yang jadi kawan, dan kapal lain tiada lagi yang datang. Sesal bertimpa-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana. Maka berkeliaranlah ular, kala, lipan dan binatang-binatang berbisa keluar dari sarangnya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah banyak mengancam.

Friday, March 11, 2011

Enam Persoalan Hidup




Oleh: Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian.

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...