Friday, August 5, 2011

HYDROGEN ADALAH GHURABA'

Bismillahirrahmanirrahiim

http://www.emocutez.com Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ni kitorang dah habis exam. Hooray!! Baru sekejap tadi kitorang tamat exam paper kimia, sekaligus dinobatkan sebagai 'last paper'.

Atas tu intro saja. Tajuk entry kali ni, hydrogen adalah ghuraba'  (asing).
Kenapakah?? Benda ni saya terfikir masa tengah ulangkaji kimia tadi. Insyaallah, saya akan cuba untuk menerangkan apa mesej yang saya nak sampaikan.
Jom usha gambar di bawah jap =)

-ni periodic table-

Cuba tengok betul2 table kat atas. Warna hijau = non-metals, kuning = metals, yang purple = metalloids.
Kalau perhatikan betul2, ada satu hijau je yang berkumpul dengan warna kuning.
Mana hijau yang lain. Cuba lihat sebelah kanan anda, kat situ berkumpul warna2 hijau.
Kalau saya tengok warna hijau, mesti ada kaitan dengan Islam.
Pokok-pokok hijau, rumput rampai, sangat menenangkan.
Saya pernah terbaca satu blog ni, apa kaitan hijau dengan Islam?
Melalui blog tu, hijau adalah salah satu warna kegemaran Rasulullah s.a.w. dan munasabahlah jika warna kegemaran rasulullah dikaitkan dengan Islam. Dan satu lagi pendapat dari sorang ustaz jgk, hijau itu lambang keindahan. Diceritakan tentang di alam syurga kelak berwarna kehijauan. Jadi sebab yang kedua adalah alam syurga adalah warna hijau. Sejauh mana kehijauannya?-wallahua'lam-


Berbalik dengan periodic table di atas, kita zaman sekarang atau lebih dikenali dengan umat akhir zaman, orang Islam yang betul2 beriman adalah ibarat hydrogen tersebut, seorang ghuraba'.
Hydrogen tu dah bertahun2, berkurun agaknya, duduk kat situ sebagai ghuraba'. Menjadi non-metal apabila di sekeliling nya metal, tapi x berubah jadi metal pun? Sama seperti kita, walaupun kita duduk di tempat yang sekeliling kita, x sama seperti kita, jadilah kita non-metal dikala semua orang adalah metal. Maksud nya, kita teruskan perjuangan Islam yang kita pegang di saat sekeliling kita adalah orang yang tak faham Islam.
*********************
Di dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith riwayat Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ.]

Maksudnya: Sesungguhnya Islam telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sepertimana ia mula. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu.

Dalam riwayat lain:

عن عَبْد اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِي قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ وَنَحْنُ عِنْدَهُ [طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ] فَقِيلَ مَنْ الْغُرَبَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ [أُنَاسٌ صَالِحُونَ فِي أُنَاسِ سُوءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ]

Maksudnya: Sepohon pokok (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu. Maka ditanya; Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Mereka ialah orang-orang yang saleh di kalangan jumlah manusia rosak yang banyak, orang yang mengingkari mereka lebih banyak dari orang yang mentaati mereka.

Dalam riwayat lain:

عَنْ جَدِّهِ (عمرو بن عوف بن زيد) أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ [ إِنَّ الدِّينَ بَدَأَ غَرِيبًا وَيَرْجِعُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِي مِنْ سُنَّتِي.]

Maksudnya: Sesungguhnya agama ini telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu. Mereka ialah orang-orang yang memulihkan sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia selepasku.



http://www.emocutez.com"Bahagialah wahai orang-orang yang asing
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar"




-wassalam-

p/s : maaf ye kalau ada yang tak faham. Boleh tanya, insyaallah,boleh jawab (^_^)

6 comments:

T_T said...

like lahh amiey!

mariposa said...

huhu..syukran2..haza min fadhli robbi.. =)

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

aimi,bagus2x.. ^_^
x terfikir kita..
sebarkan kefahaman islam ^^,
moga Ramadhan tahun ini mencapai target ilahi,amin! (",)

mariposa said...

insyaallah..kite pon baru terperasan..hehe..amiin ya robb^^

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

assalamualaikum..suka entri nie..nak copy

miszmariposa said...

waalaikumslm...tafadhol :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...