Monday, July 25, 2011

Kenapa Aku Makin Jauh?

Bismillahirrahmanirrahim

:
:

Bangun dari subuh, saya merasa ingin menulis sesuatu dalam blog kali ini. Sekian lama dah diri ini x menulis 'penyakit hati' yang saban hari memakan diri.

Petikan Kata-kata Dari Sebuah Blog :


“aku sedar akulah ciptaanMu yang sempurna, namun kadang – kadang kesempurnaan itulah yang menjadikan aku semakin angkuh, semakin liat mengingatiMu Ya Allah, malunya aku pada si ombak, malunya aku pada Mu Ya Allah! Walau dosa - dosa yang kerap ku tabur di bumi Mu ini, Engkau tetap mentakdirkan daku masih bernafas dengan nikmat Iman dan Islam. Maha Suci Engkau ya Allah ! ampunilah dosa – dosa hamba Mu ini Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan hambaMu ini semakin berganjak hari, semakin tersasar jauh dari jalanMu Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini Ya Rabbi”


Saya berfikir sejenak mendengar kata-kata itu. "Semakin lama semakin jauh aku dari Nya. Semakin lama aku x merasa kehadiran Nya yang sentiasa dekat denganku. Apakah aku pendosa ya Allah? sehingga aku x diberi rasa yang membuat aku dekat dengan Mu ya Allah. Ampunkan dosa ku ya Allah. Hamba Mu ini lemah, x berdaya. Sentiasa mengharapkan belas dan kekuatan dari Mu"



Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. 
  Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
 Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.  Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah yang bermaksud :
" ( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia. " 
Q.S Ar-Ra'd : 28 
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :  
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."



ya Allah, sungguh Aku x menginginkan kemewahan dunia dari Mu. Aku hanya menginginkan petunjuk dan hidayah Mu yang boleh membawa ku berjumpa dengan Mu dan Rasul Mu.
permudahkanlah urusanku ya Allah. Ameen ya Robb.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah
jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan
juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Matikah hatiku ya Allah? Hanya Engkau yang Mengetahui.
Titisan air mata ku ini hanya untuk Mu ya Allah. Jangan lah engkau biarkan hatiku mati, sedangkan hatiku ini sangat diperlukan untuk memperjuangkan agama Mu.
Berikanlah aku kekuatan untuk berusaha istiqamah dalam menghidupkan hati ku ya Allah


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Bantulah hamba Mu yang dhoif ini ya Allah. Janganlah Engkau jadikan hamba Mu ini seorang yang sesat setelah Engkau tunjukkan jalan. Naudzubillah min zaalik.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

::  tinta hati yang gersang :: http://www.emocutez.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...