Friday, November 18, 2011

CERPEN : Tasya Untuk Kher


“Wo..wo..what is this Tasya? Boleh tak ko jangan nak kecikkan hati aku untuk kesekian kalinya??”
Tasya menundukkan muka. “Sorry Kher. Tapi aku kali ni nekad. Tak nak contact mana-mana lelaki except important things je.”
“Fine. Facebook di removed, nanti tak leh contact guna mesej dah, ok. Aku ok kot.” Tasya menelan air liur. ‘Kecik hati ke dia? Entahlah’
Kher berlalu meninggalkan Tasya.
Tut tut tut… 1 mesej diterima. Dari Kher. Tasya membuka inbox.
“Aku kecik hati dengan ko..” Tasya terkedu. ‘Salahkah aku?’
Tasya menekan butang reply, “Mintak maaf Kher, kita contact melalui facebook je la, nanti aku add balik”
Sekejap je, mesej Kher sampai. “Tak ape,tak payah..”
Tasya membalas balik, “Mintak maaf Kher. Aku punya sebab tertentu.”
……….tiada balasan daripada Kher.
“Camane Tasya? Ko dengan Kher?” 
“Entahla. Semalam aku mesej dia, tapi dia lain macam je bunyi nye”
“Dia cakap ape? Ko terangkan tak kenape ko tak nak contact dia dah?”
“Sabar Farah. Semalam, dia cakap camni, bla bla bla……..”
“Sah dia kecik hati la Tasya. Kalo aku pun, maybe aku kecik hati jugak.”
Tasya mencebikkan bibir. “Ye la. Habis tu camane. Aku pun tak tau camane nak terangkan. Aku cakap dah kat dia, kalau ada orang yang serius nak kat aku, direct jumpa mak ayah aku la. Lagi elok aku rasa.”
“Tapi, dia faham ke kenape buat camtu kat dia? Kang dengan orang lain ko mesej, dengan dia ko tak mesej. Apa cite?”
“Bukan camtu la. Dengan orang lain, diorang tanya khabar aku la biasanya. Tapi kalo dengan dia, nak tanya khabar apa, hari-hari dah mesej. Tu yang aku tak nak Farah. Kita ni perempuan kan, senang je nak cair. Aku tak nak cair dengan siapa-siapa dah.”
“Ye la Puan Tasya.”
Tasya tersenyum hambar, teringat pada Kher yang biasa memanggilnya “puan”. Angin rindu meniup hatinya. No Tasya!!!!
Hampir 2 tahun setengah dia tak berhubung dengan Kher. Apa khabarnya budak tu pun dia tak tahu. Tasya terlampau sibuk sampai tak ada masa nak menghadap facebook. ‘Entah-entah dah bertunang dah si Kher tu.’ Hati dia mengomel sendiri.
‘suara azan..di langit…tinggi..mengagungkan Mu..’
Irama lagu Suara Azan bergema. Tasya mencapai handphonenya. Nama Mak terpampang di skrin.
“Assalamualaikum mak. Ada apa call?”
“Waalaikumsalam. Ni ha, nak tanya. Ko balik cuti bila? Ada cuti panjang tak?”
“Cuti? Jap, tengok jadual jap.” Bulan 5 baru ada cuti 2 minggu. Dalam 5 minggu dari sekarang.
“Bulan 5 karang baru ada cuti mak. Tapi tak confirm lagi balik tak, sebab 2 minggu je.”
“Ala, ko balik je la. Bagus sangat la tu bulan 5. Ni, ada orang merisik. Katanya, kawan lama ko.”
“Kawan lama? Siapa?”
“Ala, nama mak dia Shahriah.”
“Mak siapa pulak tu? Nanti la, tunggu orang balik. Tak kenal la. K la mak, orang ada kerja kumpulan ni. Kirim salam kat semua”
“Ye lah, jaga diri Tasya. Nanti mak sampaikan. Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”  Tasya mematikan talian. Shahriah? Mak siapa tu? Arh, nanti la fikir.
‘Diminta para penumpang Air Asia menuju ke Kuching Sarawak untuk beratur di hadapan Gate 11’
Panggilan pramugari tidak dipedulikan. Sejak keluar dari bilik tadi, Tasya asyik memikirkan budak yang merisik dia. Siapakah dia? Jantung Tasya berdegup melebihi kelajuan biasa, menyebabkan darah dia dipam lebih laju daripada biasa. Relax Tasya, relax. Tasya mematikan handphone, lalu melangkah memasuki kapal terbang Air Asia.
**********************




Tasya mengheret bagasinya menuju ke luar airport. Matanya melilau mencari kelibat kakak dia. ‘Biasanya dah sampai. Tak kan lambat pulak kali ni.’ Mata Tasya masih lagi liar mencari bayang-bayang kakak dia. Tiba-tiba mata dia menangkap wajah yang sangat dia kenali. Kher? Buat apa dia kat sini? Kher berjalan mendekati Tasya. Tasya buat pura-pura tak nampak. ‘Cepatlah kak. Cepat!’ Tasya melepas geram dalam hati.
“Tasya?” Tasya menoleh. “Eh,Kher. Lama tak Nampak. Buat apa kat sini?” Tasya cuba untuk berlagak biasa walaupun jantung dia berdegup dengan kelajuan luar biasa. Dia cuba untuk mengawalnya.
“Tak..erm.. Ni, tunggu siapa, nak balik rumah kakak ke? Meh aku hantarkan. Tak jauh pun.”
“Eh,takpe lah. Nanti akak aku sampai, kesian pulak dia penat-penat datang aku takde.”
Handphone Tasya vibrate. 1 mesej diterima. Daripada Kak Mai.
“Adik,ko naik teksi boleh tak? Nanti akak bagi alamat. Akak ada mesyuarat dengan bos besar. Adik tau lah kan bos akak camane.k..”
Huh… Tasya memandang Kher. “Betul nak hantar aku?” Kher tersenyum lebar. “Betul puan.”
“Haha..ko ni, tak berubah. Bawak ke rumah terus tau.” Kher memandang Tasya dengan pandangan tajam. “Cepatla gerak” Tawa Kher meletus. “Tau takut” Tasya mencebikkan bibir. Kereta Myvi putih laju menyusur lebuhraya.
“Ko camane sekarang Kher? Dah ada makwe?” Kher tersenyum. “Eleh, ada lah tu.”
“Bukan setakat makwe, nak jadi tunang dah.” Kher tersengih macam kerang busuk.
“Betul ke Kher?” Tasya seolah-olah tak percaya. “Betul. Nanti aku jemput ko. Aku lama dah dengan dia.”
Hati Tasya diselimuti perasaan yang sangat kecewa. Kalau boleh, dia nak nangis masa tu jugak. No Tasya! Kau bukan gadis yang lemah. “Ow. Aku kenal ke dia?” Tasya cuba mengawal perasaannya.
“Entahlah, maybe ko kenal kot. Nanti ko tengok la sendiri. Ko datangkan nanti?” Kher mencari muka Tasya. “Insyaallah Kher. Aku tak janji.” Suara Tasya antara dengar tak dengar.
’ Camane nak pergi ke majlis orang yang kau cinta Tasya? Gila ke?’ hati Tasya berkecamuk.
Masing-masing hanya mendiamkan diri sampai ke rumah kakak Tasya. Tasya melangkah keluar.
“Terima kasih Kher, tumpangkan aku.” Tasya melemparkan senyuman hambar, tak tahu ikhlas ke tak.
“Takde apa lah Tasya.” Kher mengangkatkan tangan. Mata Tasya mengiringi kereta Kher balik sambil melambaikan tangan dengan kudrat yang ada.
‘Semoga kau bahagia Kher….’ Tasya menitiskan air matanya,melepaskan orang yang dia cintai dalam diam bersama orang lain.
**********************
“Tak kisah lah mak. Asalkan dia baik, Tasya tak kisah.” Tasya melepaskan keluhan buat kesekian kalinya.
Mak Tasya hanya menggeleng kepala. “Ye la Tasya. Nasib baik mak kenal lama dengan mak cik Shahriah tu. Keluarga dia baik-baik. Anak dia pun, insyaallah baik. Doakan je la ye Tasya.”
Tasya tersenyum, lalu mengangguk lemah.
Esok dia bakal menjadi tunang orang. Tasya sendiri keliru dengan perasaannya. Patut kah dia gembira? Tapi sebab apa? Bukannya bakal tunang dia tu orang yang dia suka pun. Ke nak sedih? Buat apa nak sedih? Mana ada bakal tunang sedih sebelum hari pertunangan. It’s nonsense Tasya! Cuba buat muka teruja sikit, baru ada feeling. ‘Susah tau tak??!’ perasaan Tasya berperang sesama sendiri.

**********************
Tasya duduk bersimpuh di ruang tamu menunggu keluarga sebelah lelaki datang membawa pinangan. Tasya termenung jauh, memikirkan nasib dia dengan bakal tunangnya. Namun, dalam masa yang sama, fikiran dia masih tidak dapat melupakan Kher. Lelaki yang dia cintai dalam diam.’Sedar Tasya, sedar!’ Tasya mencubit lengannya sendiri, kembali ke alam nyata.
Keluarga Tasya menyambut mesra keluarga pihak lelaki. “Tasya, ni mak cik Shahriah.”
Tasya mengangkat muka. Seketika Tasya terlopong. Mak Kher? Mak kepada Ahmad Khair? Kemudian, menyusul di belakang mak cik Khairiah, Kher melangkah masuk dengan memakai baju melayu putih siap bersamping lagi. Tasya menampar pipinya. Betul, dia tak bermimpi. Kher hanya tersenyum, memahami kerunsingan Tasya. Kher mengambil tisu dan menulis sesuatu di atasnya. Lalu meminta seorang kanak-kanak menghantarkan ke Tasya. Tasya tersenyum, tertunduk malu.
‘nama Aida Natasya sudah tertulis untuk Ahmad Khair sejak alam roh lagi J
“Kau memang nakal Kher.”
12.12.2012 : Aida Natasya ditunangkan dengan Ahmad Khair.
Moga jodoh mereka sampai ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin…

3 comments:

deqsha said...

emm..bravo!! bersamping ke bersampin? hehe...nice cerpen dear..

mariposa said...

arigato kuzaimas~hehe,typo,,bersampin..dalam cubaan..tggu for the next..^__^

mariposa said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...