Wednesday, July 27, 2011

DAH NAK BALIK DAH ("^^)

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah seminggu bertapak di rumah kawan aku ni, Ili Nabilah, akhirnya beberapa jam dari sekarang aku akan balik jugak ke KK12 UM.
Nak kate, malas nyeww laa. hehe , biasa la tu kalau dah balik rumah walaupun rumah kawan
susah sikit nak ambik mood untuk balik kolej. http://www.emocutez.com
Berikut adalah tentatif program aku sepanjang berada di rumah Ili :
(ayat skema "^^ )

Jumaat (malam) : - bertolak dari Universiti Malaya bersama Ili & Farah menuju ke Mid Valley
(jalan2 sebentar di Mid sementara menunggu KTM pada pukul 8.40 malam )
dekat KTM, jumpa seorang junior UM (budak PASUM) nama dia Liyana.
peramah giler budak tu,huhu. Paling suke nye, dia asyik puji budak APIDS jew
(tak pernah lagi dengar ada budak Pasum puji budak APIDS) hehe..
Akhir nya, kami naik KTM yang kedua sebab yang pertama tu sangat2 penuh, sampai tertolak keluar lagi muatannya. So, kitorang amik inisiatif untuk tunggu yang kedua. Alhamdulillah, setelah itu selamat sampai ke rumah Ili.

Sabtu : pergi Giant, x ingat dah buat ape..hehe

Ahad : pergi Metropoint bersama Ili & Mak Jah. Masa ni la terjumpa butik baju Muslimah baru. Nama dia Zariyah Muslim
Best sangat baju dia. Semua comel comel belaka,hehe. Rambang mata jadik nye..
Ha, satu lagi kat sini jugak la kerinduan aku terubat, sebab lama sangat dah x rasa cool blog dengan pearl nye rasa macam nama buku la plak
sedap sedap..nyam3 http://www.emocutez.com

macam sedap kan? memang sedapp~

- hari2 berikutnya, biasa2 je..makan tido (xde la,terok nye bunyik,hehe)
Ha, baru ingat, malam Isnin, aku dengan Ili bercadang nak tukar angin masa belajar. So, kitorang pun dibenarkan keluar dari rumah oleh Ummi, pergi ke McD..Sambil tu pesan burger, kalau aku plus sundae (lama dah xmakan,hehe)

Paling best nya, semalam la. Hari Rabu petang : - Ummi ajak kitorang pergi PKNS kat Bangi, ingat nya nak gi Syabab (kedai buku). Keluar dari kedai buku tu, kitorang makan pizza dekat Pizza Pah. Sedaap sangat.


Best sangat,hehe. Sampai aku lupa minggu depan ada exam, aduss, mati ar.. xpe2, insyaallah aku topup ,masa belajar aku kat KK12, amiin ..

::tu je kali ini::
 apa2 pun. fighting for next exam http://www.emocutez.com
~bittaufiq wannajjah~

wassalam (^^,)

Monday, July 25, 2011

Kenapa Aku Makin Jauh?

Bismillahirrahmanirrahim

:
:

Bangun dari subuh, saya merasa ingin menulis sesuatu dalam blog kali ini. Sekian lama dah diri ini x menulis 'penyakit hati' yang saban hari memakan diri.

Petikan Kata-kata Dari Sebuah Blog :


“aku sedar akulah ciptaanMu yang sempurna, namun kadang – kadang kesempurnaan itulah yang menjadikan aku semakin angkuh, semakin liat mengingatiMu Ya Allah, malunya aku pada si ombak, malunya aku pada Mu Ya Allah! Walau dosa - dosa yang kerap ku tabur di bumi Mu ini, Engkau tetap mentakdirkan daku masih bernafas dengan nikmat Iman dan Islam. Maha Suci Engkau ya Allah ! ampunilah dosa – dosa hamba Mu ini Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan hambaMu ini semakin berganjak hari, semakin tersasar jauh dari jalanMu Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini Ya Rabbi”


Saya berfikir sejenak mendengar kata-kata itu. "Semakin lama semakin jauh aku dari Nya. Semakin lama aku x merasa kehadiran Nya yang sentiasa dekat denganku. Apakah aku pendosa ya Allah? sehingga aku x diberi rasa yang membuat aku dekat dengan Mu ya Allah. Ampunkan dosa ku ya Allah. Hamba Mu ini lemah, x berdaya. Sentiasa mengharapkan belas dan kekuatan dari Mu"



Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. 
  Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
 Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.  Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah yang bermaksud :
" ( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia. " 
Q.S Ar-Ra'd : 28 
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :  
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."



ya Allah, sungguh Aku x menginginkan kemewahan dunia dari Mu. Aku hanya menginginkan petunjuk dan hidayah Mu yang boleh membawa ku berjumpa dengan Mu dan Rasul Mu.
permudahkanlah urusanku ya Allah. Ameen ya Robb.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah
jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan
juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Matikah hatiku ya Allah? Hanya Engkau yang Mengetahui.
Titisan air mata ku ini hanya untuk Mu ya Allah. Jangan lah engkau biarkan hatiku mati, sedangkan hatiku ini sangat diperlukan untuk memperjuangkan agama Mu.
Berikanlah aku kekuatan untuk berusaha istiqamah dalam menghidupkan hati ku ya Allah


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Bantulah hamba Mu yang dhoif ini ya Allah. Janganlah Engkau jadikan hamba Mu ini seorang yang sesat setelah Engkau tunjukkan jalan. Naudzubillah min zaalik.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

::  tinta hati yang gersang :: http://www.emocutez.com

I FALL IN LOVE WITH 'ENCIK KIMIA'!!

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat pagi blogger2 sekalian .. Jangan tido lagi ye Sleepy Emoticons ..
Nak cerita cket pasal encik kimia ni,hehe.
Kalau sape2 yang ada terbaca post sebelum2 ni,perasan atau tak, aku dah pun 'melabelkan' diri aku sebagai anti-chemist.. x la anti sangta tapi masa sekolah menengah dulu, tu adalah antara subjek yang sangat x digemari wo..

TETAPI..
pada suatu malam, dengan tetibanya, terdetik dalam hati aku (Allah yang mendetikkan),
nak buat tutorial kimia dengan usaha sendiri. Start pukul 10 camtu kot, buat kimia.
Mula2 aku blur cket Free Smileys  tapi lama2 buat, rujuk buku, rujuk nota, tanya kawan, akhirnya,
dengan izin Allah aku dapat gambaran camane nak teruskan tutorial tuh.
tengah syok2 buat, sedar x sedar, jam dah pukul 3 pagi. Kawan aku sume tdo dah. Tapi aku x rasa mengantok pun. Mengenangkan esok ada kelas, aku kena la tido,kalau x,mati ar aku tido dalam kelas.
datang2, xdapat apa2, bukan ke rugi. Masa itu kan emas.
tapi kan aku bersyukur sangat sebab aku dah boleh letakkan subjek kimia in one part of my heart (^^,)
mana x nyer.. dulu subjek paling xdigemari tapi sekarang dah jadi subjek paling digemari daripada yang lain
yang addmath pulak, dulu subjek yang paling senang nak difahami tapi sekarang subjek tu lah sangat susah nak faham...
biasalah..hati manusia kan berbolak balik sifat nya..tu la point aku http://www.emocutez.com
tu aja..untuk kali ini yaa..
~wassalam~


ni lagu yang bole la buat aku hafal cket2..menarik!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...