Wednesday, July 27, 2011

DAH NAK BALIK DAH ("^^)

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah seminggu bertapak di rumah kawan aku ni, Ili Nabilah, akhirnya beberapa jam dari sekarang aku akan balik jugak ke KK12 UM.
Nak kate, malas nyeww laa. hehe , biasa la tu kalau dah balik rumah walaupun rumah kawan
susah sikit nak ambik mood untuk balik kolej. http://www.emocutez.com
Berikut adalah tentatif program aku sepanjang berada di rumah Ili :
(ayat skema "^^ )

Jumaat (malam) : - bertolak dari Universiti Malaya bersama Ili & Farah menuju ke Mid Valley
(jalan2 sebentar di Mid sementara menunggu KTM pada pukul 8.40 malam )
dekat KTM, jumpa seorang junior UM (budak PASUM) nama dia Liyana.
peramah giler budak tu,huhu. Paling suke nye, dia asyik puji budak APIDS jew
(tak pernah lagi dengar ada budak Pasum puji budak APIDS) hehe..
Akhir nya, kami naik KTM yang kedua sebab yang pertama tu sangat2 penuh, sampai tertolak keluar lagi muatannya. So, kitorang amik inisiatif untuk tunggu yang kedua. Alhamdulillah, setelah itu selamat sampai ke rumah Ili.

Sabtu : pergi Giant, x ingat dah buat ape..hehe

Ahad : pergi Metropoint bersama Ili & Mak Jah. Masa ni la terjumpa butik baju Muslimah baru. Nama dia Zariyah Muslim
Best sangat baju dia. Semua comel comel belaka,hehe. Rambang mata jadik nye..
Ha, satu lagi kat sini jugak la kerinduan aku terubat, sebab lama sangat dah x rasa cool blog dengan pearl nye rasa macam nama buku la plak
sedap sedap..nyam3 http://www.emocutez.com

macam sedap kan? memang sedapp~

- hari2 berikutnya, biasa2 je..makan tido (xde la,terok nye bunyik,hehe)
Ha, baru ingat, malam Isnin, aku dengan Ili bercadang nak tukar angin masa belajar. So, kitorang pun dibenarkan keluar dari rumah oleh Ummi, pergi ke McD..Sambil tu pesan burger, kalau aku plus sundae (lama dah xmakan,hehe)

Paling best nya, semalam la. Hari Rabu petang : - Ummi ajak kitorang pergi PKNS kat Bangi, ingat nya nak gi Syabab (kedai buku). Keluar dari kedai buku tu, kitorang makan pizza dekat Pizza Pah. Sedaap sangat.


Best sangat,hehe. Sampai aku lupa minggu depan ada exam, aduss, mati ar.. xpe2, insyaallah aku topup ,masa belajar aku kat KK12, amiin ..

::tu je kali ini::
 apa2 pun. fighting for next exam http://www.emocutez.com
~bittaufiq wannajjah~

wassalam (^^,)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...