Saturday, March 3, 2012

Dakwah itu PELBAGAI

Bismillahirrahmanirrahim..

sekian lama tak update blog. hari ni saya nak berbicara tentang cara dakwah yang pelbagai.
kenapa kita perlu berdakwah? kenapa kita tak duduk diam je kat muka bumi ni, buat apa yg kita nak, tak yah kisahkan hal orang lain. kenapa?
jangan ditanya kenapa. sedarlah, bahawa kamu ada Pencipta, tanpa Dia, kamu bukan siapa siapa di muka bumi ini. dan Dia telah menciptakan kamu untuk menjadi khalifah dan hambanya yang taat.
nak bukti, meh buka guider hidup kita,
Surah al-Baqarah ; 30

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٠

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.  

sesungguhnya, Allah mencipta kita bersebab, kita tak dijadikan di muka bumi ini sia-sia, melainkan untuk menjadi khalifah juga hambaNya.
Surah Adz-Zariyat;56

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

sudah jelas, kita adalah hamba Allah. mengapa perlu dipertikaikan, kenapa kita perlu buat itu buat ini, sedangkan Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. justeru, kita sebagai khalifah, kita HARUS berdakwah, tak kira dengan cara apa pun. sehingga sekarang sy berpegang kepada hadis Nabi Muhammad SAW, mafhumnya "sampaikanlah dariku walaupun sepatah". maksudnya, kita kena sampaikan jugak, walaupun seringan-ringan perkara. dan jagalah akhlak Islam dari pandangan luar. sy menulis ni kadang2 untuk peringatan diri sendiri jugak, yg terkadang lalai daripada mencari cinta Allah.
ok, back to  the topic. dakwah itu pelbagai. seperti zaman kita sekarang ni, facebook adalah medium yang ter'hot' sebab kebanyakan remaja ada facebook. kenapa tidak kita menggunakan peluang IT di depan mata sebagai cara untuk kita tambah 'pendapatan akhirat'. kita tak tau, yang mana satu amalan kita yang akan ditrima Allah Taala. boleh jadi, apa yang kita postkan dlm fb, yg menyeru ke arah kebaikan, menjadi amalan yang diangkat oleh Allah ke langit. bagi yg suka membuat video, vlog ke. itu pun slh satu cara untuk berdakwah, seperti yg kita tengok sekarang ini. banyak video2 daripada kalangan remaja yang berunsurkan dakwah dari segi akhlak, insaniyah dan pelbagai lagi. alhamdulillah, memang kesedaran seperti itu yg perlu ada pada akhir zaman sekarang.
dan untuk sy, sy gemar untuk mengedit gambar. dan sy punya cita2 besar untuk menyampaikan dakwah melalui gambar, sebab sy pernah mendengar satu phrase, satu gambar memberi seribu makna. dengan hanya satu gambar, kita akan dapat banyak input daripada gambar tersebut. bak kata orang, biar gambar yang berkata-kata. sekadar berkongsi harapan, dan mintak doakan ye =) moga istiqamah dalam jalan yg dipilih.
semoga mesej sy ke fikiran anda semua. dan sebagai konklusinya (mcm report pulak), dakwah itu fleksibel.
jangan sempitkan fikiran anda dengan satu cara, kita adalah muslim, dan inshaallah mukmin, perlu berfikir banyak, dan berfikiran terbuka memandangkan zaman kita ni bukan zaman di mana orang boleh terima something new macam tu je, kena ada kajian dan cara yang berkesan.inshaallah~
*sekadar pandangan peribadi, sebarang teguran bolehlah komen ye*
wallahua'alam.

5 comments:

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

assalamualaikum wbt aimi ^_^

alhamdulillah,jazakillah atas perkongsiannya.. =) sesungguhnya kalamullah dan hadis Nabi yang bisa menyuntik hati-hati..

teruskan perjuangan dan cita-cita,ila mardhotillah,amin(",)

AimiAel said...

waalaikumsalam mun (",)
syukran, haza min fadhli rabbi ^_^
inshaallah mun, doakan ye, moga kite tetap tsabat di jln Nya, xterpesong jauh dr niat sebenar..inshaallah..syukran mun.. !

AimiAel said...

waalaikumsalam mun (",)
syukran, haza min fadhli rabbi ^_^
inshaallah mun, doakan ye, moga kite tetap tsabat di jln Nya, xterpesong jauh dr niat sebenar..inshaallah..syukran mun.. !

Yildirim Fateh said...

kalau minat edit gmbr, cuba buat pages FB. lpas tu, msukkan gmbr-gmbr edit tu. terbaik . ^^.. cdgn ja..

AimiAel said...

trimass atas cdgn...menarik, ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...