Tuesday, August 2, 2011

AKU TAK BOLEH ELAK RASA CINTA, LEBIH BAIK DIAM!!

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum..

Apa khabar sohabah semuanya, harap sentiasa berusaha mendapatkan cinta Allah ye.
Untuk entry kali ini, nak cerita sedikit tentang CiNtA


Cinta itu indah kan? Indah kalau kita tahu mengindahkannya. & kadang2 ia akan nampak tak cantik kalau kita  cuba untuk menjadikannya sebagai tempat untuk memenangkan nafsu. Nauzubillah.

Cuma, saya nak cakap. Saya sebenarnya ingin sangat bercinta, tapi saya masih belum berjaya mencapainya. Apalagi kalau dengar kisah2 serikandi zaman Rasulullah dan sohabah. Cinta mereka sangat hebat.

Saya sangat jeles dengan serikandi Rabiatul Adawiyah (^^)
Cinta dia kepada Allah tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Saya sangat berbesar hati nak share kat korang sedikit kisah Rabiatul Adawiyah ni.
Boleh la,insyaallah kita hayati kisahnya, moga diambil iktibar ye.. (Lambang cinta agung)

"Jika cinta Allah itu terkandung di dalam neraka aku akan terjun ke dalam neraka untuk mendapatkannya"-Rabiatul Adawiyah~
Rabiatul Adawiyah seorang wanita yang paling warak dan zuhud mendapat taraf wali dari Allah..Kehidupannya dipenuhi zikir dan munajat kepada Allah dan berselawat kepada Rasulullah sehingga tubunya menjadi kering kerana waktu malamnya dia bertahajud dan bermunajat kepada Allah..Pada waktu siangnya pula dia berpuasa dan menghadiri majlis ilmu..Makanannya cukup dengan sekeping roti kering sekadar alas perut..Kadangkala berbuka puasa hanya dengan sebiji kurma..Biarpun ulama terbilang yang datang meminang,biarpun sultan negara datang merisik..Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya..Sebelum mendapat taraf wali Allah Rabiatul Adawiyah diuji dengan kematian ayah dan ibunya semasa beliau masih muda..

Beliau pernah diculik dan dijadikan hamba..Tidak sedikit pun Rabiah kesal..Untuknya,Allah tahu terbaik untuk dirinya..Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain Allah..Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya,kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya..

SUBHANALLAH


Cemburunya dengan Saidatina Fatimah (^^)
Kisah Saidatina Fatimah apa pulak? Siapa yang tak kenal puteri Rasulullah ni.
Kisah dia dengan Saidina Ali sangat membuatkan saya cemburu, dan saya nak jugak jadi seperti Saidatina Fatimah, mempunyai suami yang taat kepada Allah dan setia kepada isterinya seperti Saidina Ali.
Siapa yang tak nak suami soleh, romantik pulak tu. Jadi, kalau kita nak suami soleh, kita kena jugak men'solehah'kan diri kita sebaiknya dan mohonlah pada Allah supaya dijodohkan kepada lelaki yang soleh. Insyaallah, amiin ya Robb (**)
Nak dengar tak kisah pasangan bahagia. saya sertakan ringkasan kisah dia.
Jom baca sama-sama.

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.





Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

"Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan."



wassalam
<salam mahabbah>

4 comments:

Alshaqina Nana said...

Jiwaku x tertahan.. hati ini seolah tidak sabar untuk b'cinta.. =)... ku cemburu dgn isteri2 nabi..

AimiAel said...

saya jugak ={.. cemburunyer (^^)

♥ C_tEA ♥ said...

aimi.. suke sgt post ni..!! nak share ek.. ^_^

AimiAel said...

bole je..^_^..syukran :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...