Sunday, January 17, 2016

AimiAel's KL Tour part "KL Tower"

Bismillah..

Semalam, 17 Januari, kami (aku, maman, najwa) decide untuk pergi ke Chow Kit hanya  dengan menaiki bas GoKL. Nak jimat katanya. Free okay.

Lets start!

Bas GoKL ni ada empat route. Take a look this picture, sumber google.


Peta laluan ni korang akan dapat tengok di setiap stesen bas yang GoKL lalu. Pertama, "Red Line", "Blue Line", "Purple Line" dan "Green Line".

Cerita kitorang bermula apabila kami mula menaiki bas Rapid 821 dari kawasan rumah ke pasar seni. Tiba di pasar seni, hajatnya nak ke Bukit Bintang dengan menaiki bas GoKL "Purple Line". Di pasar seni hanya ada yang "Purple Line" je tau. Naik punya naik, ramai gila warga Bangla ni berhimpit. Okay, masih ada ruang untuk berdiri dengan selesa. Sehinggalah bas ni berhenti di stesen Bangkok Bank, yang tak jauh daripada MyDin Kotaraya. Fulamak! Bertambah kesesakan bas dengan golongan Bangla ni yang entah daripada mana. Kitorang punya la tak selesa, tapi bertahan juga untuk 2 stesen seterusnya, sehinggalah bas ni berhenti di stesen KL Tower, kitorang decide nk turun juga. Nak kata kurangnya common sense diorang ni, masa kami nak keluar pun tak reti-reti nak bagi laluan. Aduhaii! Geram.. Keluar bas terus membebel.

Begitulah kisahnya bagaimana kami ni boleh sampai ke KL Tower. Sampai kat pondok jaga bawah tu ada shuttle tau, boleh bawak naik ke bangunan KL Tower tu. Kalau jalan kaki jenuhlah makk. Berbukit, jauh la pulak. Sampai kat bangunan tu, kitorang mampu jalan-jalan je. Nak naik ke deck tu, mahalnya pergh! Jalan-jalan, turun balik. Last-last, kat bawah jugak ambil gambarnya.

And here it is!


See you at next post!

Monday, August 17, 2015

Harapan

Bismillah.

Post kali ni ingin memohon tips daripada kekawan yang ada pengalaman yang sama dengan harapan aku ni. Aku sebenarnya lama dah bercita-cita nak bawak mak ayah pergi umrah dengan duit sendiri. Setelah berkira-kira, most of harga pakej RM6000 ke atas, dan untuk tiga orang, kira-kira dalam 19000, tak termasuk duit bekalan sendiri. Dan itu menaikkan lagi semangat aku untuk meneruskan harapan tu. Target due nak pergi umrah, inshaallah selepas konvo tahun depan. Bila fikir, tersenyum sorang, alangkah bahagianya kalau tercapai. Sekarang mula memikir untuk serius menabung. Doakan :)

Sunday, July 26, 2015

Cheesekut Aimilicious

Sejak kebelakangan ni ramai yang tanya resepi Cheesekut yang saya jual. Okay, here it is!

Bahan-bahan:

250g cream cheese
1/2 tin susu manis (kalau nak manis lagi, bole tambah)
1 botol susu segar (untuk celupkan biskut)
Biskut Saltcheese, kalau ada
Biskut Marie Coffee (untuk pelbagaikan rasa)


Cara-caranya:

Mixkan cream cheese dengan susu manis sehingga sebati dan tak berketul-ketul. Guna mixer boleh, nak guna pemukul telur tu pun boleh, tapi penat sikit. Done!

Celupkan biskut saltcheese dalam susu segar, susun dalam bekas. Lapiskan dengan krim cheese tadi. Celupkan biskut marie coffee, kemudian susun atas krim cheese. Selang selikan biskut dengan krim cheese. Lepas settle semua, simpankan cheesekut yang dah siap dalam peti untuk beberapa jam. Dan biskut tu, boleh je guna biskut lain, ikut citarasa masing2. Hokey? Harap boleh faham step. Kalau tak faham, boleh tanya.

Good Luck!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...