Friday, September 9, 2011

RAYA YANG KECOH TAPI BERHARGA

Bismillahirrahmanirrahim..
::Assalamualaikum::

lama dah x update blog. balik2 kolej,jumpa test, tutorial, banyak lagi la.
tapi aku bersyukur sbb perkara2 tu dah sibukkan aku & banyak menghalang aku dr mlakukan perkara yg sia2 :)
balik dari kampung nih,kalau hari pertama lepas balik tu memang mode kampung tu masih ON.
x ingat nak OFF kan.hehe..

ok,balik kepada tajuk entry aku kali ni,pasal raya yg dah lepas.
alhamdulillah,kami sekeluarga berjaya merentasi medan Ramadhan dengan jayanya,alhamdulillah.
moga amalan kami diterima Allah (amiin)

seperti kebiasaannya, selepas bersalam-salaman dengan ahli keluarga pada pagi raya pertama tu, kitorang pasti xketinggalan untuk bergambar (padahal tahun lepas xingat)

TETAPI..
kenapa la,gambar tahun ni hampir semua x jadi.
selepas dianalisis dan dikenalpasti, rupanya......
ada 'makhluk Allah yg halus' selalu mengacau ahli keluarga kami.
yang best nya, akak aku sempat menangkap beberapa aksi makhluk tersebut.
kita tengok sama-sama ye...

tu yang pakai spek itam (yg ni si abang)

ha ha..tu si adik..lagi muka pengacau..(yg xnmpak muka)

memang muka makhlus halus kitorang ni hensem :)



ni diorang dah tenang ckit..ok ckit gmbar dy..

actually, what i say for all the pictures above are some of my loving word, bcause i love 'makhlus halus' in my house. without them,seriously i feel lonely.
so, my post right now is specially for remembering them, bcoz i have had miss them right now :(

......memandangkan keadaan aku skrg sbagai student u,lagi2 jauh dari rumah,so, aku hanya balik masa raya.
sangat suka berkumpul masa raya. xley kalau termiss muka slh seorang daripada kluarga aku.
sedih kan kalau salah sorang xde bersama.
camtu jugak yang ku harapkan di akhirat kelak. doa aku untuk melihat mereka kembali & duduk bersama2 dalam syurga xpernah lekang dari bibirku.
moga stiap doa yg kita pohon diperkenankan oleh Rabbul Izzah kita..amiin ya robb~
love u all from 'dunia' till 'syurga'..insyaallah ^__^



WANITA MUSLIM MAHAL HARGANYA

Assalamualaikum
:
saja nak kongsi satu quote yang saya baca :)
moga dihayati dan difahami maksudnya..

◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥

❤¸.•*✿..Semua WANITA itu CANTIK.
 Jika tidak manakan wanita menjadi SENJATA IBLIS untuk meLEMAHkan kaum LELAKI.
 Namun KECANTIKKAN dan KEINDAHAN tersebut Allah kurniakan sebagai MILIK eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja.
 Oleh sebab itu, usah dipertontonkan AURAT dan PERHIASAN kepada umum secara PERCUMA,
 jika SUAMI pun PERLU membayar MAHAR untuk memilikinya..❤¸.•*✿

◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫



Friday, August 19, 2011

BUAT BAKAL ZAUJ KU

Bismillahirrahmanirrahiim
 :
Assalamualaikum, entry kali ni agak lain. sebab satu hari nanti semua dari kita akan ada pasangan masing2, insyaallah dunia akhirat.
wahai bakal zauj ku.. ingatlah satu perkara,
"aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu itu dari dirimu,
maka hilanglah cintaku kepadamu"


::Buat bakal zauj yang bakal mendampingiku kelak::
terima kasih kerana telah memilihku daripada ribuan muslimah di luar sana, padahal kamu amat tahu, aku hanya wanita biasa yang jauh dari kesempurnaan. maka ingatlah pesananku..
::Kepadamu yang akan memilihku kelak..::
Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
::Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..::
Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa.. yang sebenarnya ingin sekali menjadi seperti Saidatina Fatimah. tapi siapa la aku dibandingkan dengan anak Rasulullah.
::Maka, bantulah aku dalam membentuk keperibadian seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah::

juga buat bakal zaujku..
ini untukmu..

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


wallahu'alam..[istikharah cinta]..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...